2 5

272 32 0
                                    

ommo, sweetnya unnie! ❞ jerit Rose. Kedua-dua tapak tangannya diletakkan pada kedua-dua pipi paunya.

Jisoo hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rose itu. Kadang-kala dia juga menutup matanya dengan tangannya kerana tidak sanggup untuk menyaksikan kembali adegan mesra antara dirinya dengan Baekhyun.

Lisa melentokkan kepalanya pada bahu Jisoo. Dia memeluk sebelah lengan Jisoo. ❝ bestnya ada teman lelaki yang sweet macam Baekhyun tu. Dahlah kacak, kaya pula tu. Memang ciri-ciri lelaki idaman. Untunglah unnie ❞ kata Lisa seakan-akan dia tidak mengetahui bahawa hubungan ini adalah palsu.

Jisoo tersenyum hambar. Dia memandang Lisa sekilas ❝ semuanya adalah palsu Lisa-ah ❞ ujar Jisoo. Dia bangun dari duduknya dan berlalu pergi ke biliknya.

Jennie terus memukul bahu Lisa perlahan. Lisa memuncungkan bibirnya.

Jennie terus bangun dari duduknya dan mengikuti Jisoo ke dalam bilik.

Badannya dihamparkan di atas katil. Buat seketika dia termenung. ❝ unnie ❞ tegur Jennie. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Jisoo. Pintu bilik Jisoo ditutup.

Badannya turut dihamparkan di sebelah tubuh Jisoo. Tetapi kehadirannya tidak dipedulikan oleh Jisoo.

Dalam fikirannya asyik terlintas tentang adegan manis antara dirinya dengan Baekhyun yang ditayangkan di televisyen sebentar tadi.

Renungan mata Baekhyun dan juga perbuatannya tidak kelihatan palsu sekali. Malah semuanya kelihatan seperti mereka berdua benar-benar bercinta.

Adakah itu hanya firasatnya sahaja? Tapi takkanlah kan.

Jennie yang berada di sebelahnya dilihat. ❝ Jennie-ahh. Jennie rasa Baekhyun suka unnie ke? ❞ soal Jisoo secara tiba-tiba.

Akibat terkejut dengan soalan Jisoo, Jennie bangun daripada pembaringannya. Begitu juga dengan Jisoo. Kedua-dua belah bahu Jisoo dipegang. Dia mengukirkan senyuman.

unnie suka dia eh? ❞ teka Jennie.

Jisoo terus menggelengkan kepalanya. Dia cuba untuk menutup sangkaan Jennie itu.

Buat masa sekarang, tiada sesiapa perlu tahu perasaan sebenarnya kepada Baekhyun. Biarlah perkara ini menjadi tanda tanya kepada semua orang kerana dia juga tidak tahu perasaan sebenarnya pada Baekhyun.

Adakah ianya cuma suka seorang kawan atau lebih daripada itu?

❝ apa yang Jennie merepek ni? ❞ sangkal Jisoo. Rambutnya diselak ke tepi. Matanya pula dielakkan agar tidak merenung wajah Jennie.

Jennie tersenyum lebar melihat perbuatan Jisoo.

Daripada perbuatan Jisoo sahaja, dia sudah dapat mengagak yang Jisoo sudah jatuh cinta pada Baekhyun.

Jisoo tidak boleh menipu dirinya kerana dia sudah menghafal gerak geri unnienya ini.

Jennie bangun dari duduknya. ❝ ok. Unnie tak suka dia. Tapi jangan marah kalau orang lain kebas Baekhyun tu ❞ gurau Jennie.

Jisoo membaling bantal kepada Jennie selepas mendengar kata-kata tersebut. Manakala Jennie dengan kadar segera keluar daripada bilik Jisoo sebelum batal-batal yang terdapat di dalam bilik Jisoo mengenai dirinya.

❝ yah, Kim Jennie! ❞ jerit Jisoo dari dalam bilik.

Jennie tergelak mendengar jeritan Jisoo itu.

Kata tak suka. Tapi marah juga.
Unnie ... Unnie...



°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now