3 3

262 35 2
                                    

❝ tak keluar dengan boyfriend kesayangan ke? ❞ soal Jennie apabila melihat riak wajah Jisoo yang agak kebosanan itu.

Jisoo menggelengkan kepalanya. ❝ Baekhyun outstation ❞ ujar Jisoo. Terselit sebuah senyuman di bibir apabila nama Baekhyun disebut.

Sebut nama Baekhyun sahaja sudah tersenyum. Belum lagi, tuan empunya badan berada di hadapan mata. Tahap angau Jisoo ini sudah teruk gamaknya.

❝ orang dah bahagia. Tu yang senyum-senyum tu ❞ usik Lisa. Keropok twiesties disuapkan ke dalam mulutnya.

Jisoo tersenyum sehingga menampakan barisan giginya.

Kejadian yang terjadi antara dirinya dengan Baekhyun pada malam kelmarin terus diceritakan pada ahli kumpulannya pada keesokkan paginya.

Bermacam-macam reaksi yang diberikan oleh mereka bertiga apabila mendengar cerita Jisoo.

Reaksi yang paling teruk sekali sudah semestinya adalah Rose. Dia paling teruja sekali tentang hubungan cinta Baekhyun dan Jisoo sehingga membuat andaian yang tersendiri.

Chae rasa Baekhyun buat fake relationship ini untuk unnie notice dia. Yelah, waktu sekolah tinggi kan unnie tak perasan dia langsung

sweetnyalah Baekhyun tu. Nanti Chae nak cari lelaki yang macam tu lah

ommo unnie. Unnie mesti kahwin dengan Baekhyun nanti

❝ anak unnie dengan dia pasti comel! ❞

Itulah beberapa andaian yang disebut oleh Rose. Jisoo terus mengangkat kakinya sebelum andaian Rose menjadi lebih mengarut. Sambil itu dia menggelengkan kepala dengan kelakuan Rose itu. Pantang betul bila mendengar kisah cinta orang.

Jisoo tersenyum apabila mengingatkan sesi berbual pada pagi semalam.

Jisoo melihat wajah milik Rose dan Lisa silih berganti apabila terdengar mereka berdua seperti bergaduh.

Tiba-tiba, Lisa mengangkat kaki lalu pergi ke biliknya meninggalkan Jennie, Rose dan juga Jisoo.

Jennie dan Jisoo kebingungan. Wajah Lisa dicari untuk meminta penerangan. Kemudian Rose menghantar isyarat untuk memandang plastik keropok twisties yang sudah kosong itu.

Jisoo sudah dapat menggagak perkara apa yang membuatkan Lisa marah. Pasti kerana Rose makan keropok Lisa sehingga habis.

Jisoo menggelengkan kepalanya. Manakala Rose hanya mampu tersengih.

°•°•°

Selepas selesai makan malam bersama Jennie, Rose dan Lisa, Jisoo terus meloloskan dirinya ke dalam bilik.

Pintu biliknya ditutup. Kemudian badannya direbahkan di atas katil lalu telefonnya diambil.

Terdapat satu pesanan whatapps daripada Baekhyun.

baekhyunnn
+ my princess
Tengah buat apa tu?
😚

Jisoo terseyum gembira membaca pesanan ringkas tersebut.

Jari-jemarinya mula menaip.

Me
+ baru lepas makan
You pula buat apa?

baekhyunnn is typing.....

Drttt!

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now