5 3

251 34 0
                                    


Three weeks after,

Sudah tiga minggu Jisoo berehat seketika setelah kejadian dia ditembak tempoh hari. Dan pada hari ini, dia berada di bilik latihan menari milik YG untuk berlatih semula tarian bagi lagu kemunculan semulanya.

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum mereka akan membuat kemunculan semula. Jisoo tidak mahu disebabkan dia, kemunculan semula bagi kumpulannya ditangguhkan lagi.

Jisoo berdesis apabila luka tembakan yang terletak di bahu kanannya secara tiba-tiba terasa sakit. Tetapi, dia tidak mempedulikan rasa sakit itu. Dia terus menyambung aktiviti menarinya.

Secara tiba-tiba dia berhenti menari. Rambutnya diraupkan ke belakang. Kakinya melangkah ke luar dari bilik latihan tersebut.

Jennie, Rose dan Lisa hanya mampu menjadi pemerhati. Masing-masing takut untuk mengejar Jisoo.

Seram apabila melihat wajah dingin Jisoo.

Kaki Jisoo dituju ke bilik latihan yang berada di sebelah. Punggungnya dilabuhkan di atas lantai sambil bersandar pada dinding.

Jisoo meraup mukanya.

Dia benci dengan dirinya yang sekarang ini.
Semua tarian untuk kemunculan semula mereka, langsung tidak boleh tubuhnya ikut.

Padahal sebelum kejadian menembak itu berlaku, elok sahaja dirinya menari lagu-lagu tersebut.

Tetapi kenapa sekarang dia tidak boleh?
Fikirannya jelas mahu menari mengikut apa yang telah diajari semula oleh Lisa, tetapi mengapa tubuhnya langsung tidak boleh mengikut kata hatinya?

Sudah tiga hari, tubuhnya begini. Tidak mahu mengikut fikiran dan hatinya.

Tinggal empat hari lagi sebelum tarikh kemunculan semula mereka. Dia tidak mahu kemunculan semula mereka ditangguhkan.

Dia tidak mahu memberikan harapan palsu kepada peminat-peminatnya.

Jisoo kemudian melihat parut yang terdapat pada kaki kirinya. Tipulah jika dia katakan, kakinya tidak sakit ketika menari. Hakikatnya, kakinya sangat sakit ketika menari sehingga dia terpaksa makan ubat tahan sakit tanpa pengetahuan ahli kumpulannya yang lain.

Dia tidak mahu mereka bertiga risau akan dirinya. Jisoo meraup mukanya lagi.

Dia lalu bangkit dari duduknya dan segera bergerak ke bilik latihan sebelah. Dia ingin menyambung latihan tariannya.

Tiada masa untuk dibuang!

°•°•°

[BREAKING NEWS]

COMEBACK BLACKPINK DITANGGUHKAN KEPADA 2 MINGGU KERANA KECEDERAAN YANG DIALAMI OLEH KIM JISOO.

CEO YG ENTERTAIMENT BERKATA, JISOO MASIH MEMERLUKAN MASA UNTUK BEREHAT.

BELIAU BERHARAP AGAR PEMINAT-PEMINAT SABAR MENUNGGU COMEBACK BLACKPINK.

Jisoo mengeluh. Disebabkan kecederaannya, kemunculan semula kumpulannya terpaksa ditangguhkan lagi.

Satu persatu muka ahli kumpulannya dilihat. Terpapar wajah kecewa di muka mereka. Sepatutnya, mereka akan membuat kemunculan semula pada hari esok, tetapi disebabkan kecederaannya. Kemunculan semula tersebut ditangguhkan selama 2 minggu.

Jisoo bangun dari duduknya. Dia perlu berlatih menari!

Tinggal 15 hari sahaja lagi sebelum kemunculan semula mereka. Dan dalam masa 15 hari itu, dia perlu memperbaiki dan mempercantikkan tariannya yang mempunyai cacat cela.

Dia mahu memberikan persembahan yang terbaik kepada peminat-peminatnya. Dia tidak mahu mengecewakan peminat-peminatnya lagi.

°•°•°

Jisoo bungkam. Sekarang ini dirinya sedang menjadi isu hangat di media sosial disebabkan kemunculan Blackpink ditundakan.

Sudah lima hari berturut-turut namanya menjadi topik hangat di media sosial.

Dan semestinya terdapat komen-komen yang buruk terhadap dirinya. Malah ada sesetengahnya menyuruh Jisoo keluar sahaja daripada kumpulan Blackpink. Dia mengeluh.

Semua orang menyalahkan dirinya di atas penangguhan kemunculan semula Blackpink. Ya, memang dia akui, semua itu salahnya. Tetapi nak buat macam mana? Dia masih sakit.

Dia tidak boleh melakukan perkara yang lasak sangat. Takkan itu pun tak boleh nak faham?

Mahu sahaja dia membalas semua komen-komen yang buruk tentang dirinya. Tetapi dia masih sabar untuk peminat yang setia dengannya.

Peminat yang masih mendoakan kebaikan kepadanya.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now