12. Lamar

5.6K 40 2
                                    

Perkenalan singkat itu akhirnya membuahkan rasa cinta di antara mereka. Siapa sangka Aina jatuh cinta hanya kerana ciuman pertama mereka di bilik hotel itu. Manakala Luqman Muiz sudah mempuanyai rasa cintanya lebih awal dari Aina.

"Luq, masih banyak perkara Luq mesti tau tentang sa." Ketika mereka sedang menjamu makan malam di sebuah restoran.

"Sayang, kita masih banyak masa lagi untuk kita saling mengenali." Luqman Muiz tidak mahu rancangan untuk melamar Aina rosak. Lagipun sebenarnya dia sudah tahu serba sedikit tentang Aina yang sememangnya kaki kelab malam dan kaki botol. Tapi dia pasti dia mampu mengubah Aina perlahan-lahan.

Aina mengeluh kecil.

Pesanan makanan mereka diletakkan di atas meja.

Malam itu Aina berdandan manis sekali. Dress hitam kembang paras lutut. Sebahagian bahu Aina kelihatan terdedah dengan fesyen dress yang dibelikan oleh Luqman Muiz sendiri. Dia mahu wanitanya cantik di mata semua orang yang melihatnya pada malam itu.

Sudah selesai mereka menikmati makan malam yang lazat itu, tiba-tiba datang seorang pelayan memberikan mikrofon kepada Aina.

Aina diminta menyanyikan sebuah lagu English yang bertajuk 'It's Not Goodbye'. Aina terkejut dengan permintaan itu. Direnungnya Luqman Muiz.

"Luq suka dengar Aina bawa lagu ni.. Tapi please jangan nangis OK.." Gurau teman lelakinya itu.

Aina naik ke atas pentas itu. Dan muzik pun dimainkan. Semua pengunjung yang ada di dalam restoran itu terpukau dengan suara merdu Aina. Aina berusaha mengawal perasaannya semasa membawa lagu yang ada kaitan dengan kisah hidupnya itu.

Usai dia menyanyi, semua yang di sana memberikan tepukan yang gemuruh. Dia dipuji di sana sini. Entah kenapa Luqman Muiz yang berasa bangga. 😂 Aina berlari anak ke meja mereka dan mendapatkan Luqman Muiz, kekasih hatinya.

Bangku ditarikkan untuk wanita tercintanya duduk. Di atas meja ada sebuah bekas bersaiz sederhana berwarna merah. Luqman Muiz menyuruh Aina membukanya. Dibukanya. Aina terkejut. Seutas rantai emas putih di dalamnya. Dan tanpa sempat Aina berkata lebih lanjut, diambil rantai itu dan Luqman Muiz segera memakaikannya di leher Aina. Aina menyelak rambutnya untuk memudahkan Luqman memasangnya.

Aina menyentuh rantai itu. Luqman Muiz tiba-tiba melutut di tepi kerusinya.

"Aina Kartikasari Binti Salehudin, will you marry me?"

Airmata Aina akhirnya menitis jua. "Yes, I will.."

Luqman Muiz gembira lantas memeluk Aina. Diciumnya dahi Aina berkali-kali. Dan sekali lagi mereka diberikan tepukan gemuruh.

Tanpa ada yang menyedari, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka.

Masa SilamWhere stories live. Discover now