33. Bergurau

5.4K 23 0
                                    

"Sherri, bisuk sa offday ni.. Sa kira mau pigi beli barang-barang dapur. Kau apa shift bisuk?" Aina melabuhkan punggungnya di sebelah Sherri yang sedang menonton drama kegemarannya.

"Sherri..." Aina perasan Sherri fokus menonoton tv.

"Aaahh?? Apa Aina?" Sah. Sherri tak mendengar.

"Bisuk sa mau beli barang-barang dapur. Sa offday. Kau mau ikut?" Soalan yang sama tapi ayat berbeza.

"Alaa.. Bisuk sa shift pagi. Sa ganti tu si Kamala.. Dia ada hal konok.." Sherri terlihat kecewa.

"Bah tia apalaaa.. Sa OK juga jalan sorang.."

"Kejap Aina.." Sherri mengangkat punggungnya. Dia masuk ke bilik dan keluar kembali.

"Nah, ni bikin tambah.. Siou sa tia dapat kasi kawan kau aaaa.." Sherri menghulurkan 2 keping wang kertas.

"RM150.00? Banyak juga.." Terkejut Aina.

"Ah kau ni.. Biarlah.. Stock banyak-banyak makanan.. Maggi tu paling penting.. Maggi tu ibarat power bank kita Aina.. Low battery nanti kita kalau tiada.."

"Bongok!!! Hahaaaaaa.." Aina tak mampu menahan ketawanya. Sherri ni ada sahaja modal untuk berlawak. Riak mukanya bersahaja bila membuat lawak. Itu yang membuatkan Aina terhibur.

"Sherri, ni malam sa pigi clubbing. Macam lama sudah sa tia pigi moginum.."

Sherri mengangguk. "Hati-hati saja. Jangan terlampau minum banyak. Bagus lagi kau bikin kopi Aina. Sa haus ni tiba-tiba.." Sambil Sherri mengurut-urut tekaknya. "Kopi O Ping 1.."

"Amboi.. Kau ingat ni kadai kaling?" Aina tergelak kecil dan bingkas bangun menuju ke dapur.

**bisuk=besok
**konok=kononnya
**bikin tambah=untuk tambahan
**siou=sorry
**moginum=minum arak
**kopi o ping=kopi o ais
**kadai kaling=restoran mamak

Masa SilamWhere stories live. Discover now