26. Mabuk

7.8K 29 0
                                    

Aina meneguk bergelas-gelas air berwarna kuning itu. Ibarat meminum air mineral sahaja. Sherri hanya memerhati. Tidak mampu melarang. Dibiarkannya.

Dilihatnya Aina menangis. Celak mata yang dipakainya luntur.

Aina turun dari kerusi bar yang tinggi itu. Jalannya sudah tidak teratur. Sherri cepat-cepat memaut lengan Aina.

"Aina, marilah kita balik. Kita sambung minum di rumah saja. Jomlah.." Suara Sherri tenggelam timbul oleh muzik di dalam kelab yang full volume itu.

"Kau baliklah Aina. Sa boleh balik sendiri. Ada juga driver teksi yang selalu sa tumpang tu." Aina menjawab dalam keadaan yang nampak sedar.

"Mabuk betul sudah kau ni Aina. Nanti ada orang kacau kau. Bahaya." Sherri mulai risau.

"OK.. Kalau macam tu kau kasi sa 1jam lagi ah. Sa belum nyanyi." Aina tersengih-sengih. "Jangan risau, sa masih sedar bah ni Sherri. Susah sudah sa mau mabuk. Mau tukar minuman sudah ni mungkin. Hahaaa.." Sempat Aina berlawak.

"OK laaa kalau macam tu.. 1jam saja ah. Sa on alarm ni.." Sambil Sherri mengeluarkan handphone.

"Macam tulah kawan sa.. Achinggg!!! Nah, tulung sa tulis sini. Malam ni sa mau nyanyi lagu Tagalog. Tajuk Bakit Pa.. Penyanyi Jessa Zaragosa." Aina memberi arahan kepada Sherri sambil menghulurkan sekeping kertas dan  sebatang pensel pendek yang diletakkan di atas meja mereka.

"Kana tangkap laaa ni kita nanti kalau dorang fikir kita ni PATI yang kerja GRO di sini." Celupar mulut Sherri.

"Hahaaaa.. Sot kau ni.. Mulut kau jugalah paling manang.."

Mereka ketawa tanpa menghiraukan yang lain.

Tidak lama kemudian, giliran meja mereka disebut. Aina hanya duduk. Dia menghayati muzik itu. Lagu itu. Sememangnya dia memahami maksud lagu yang dibawanya itu. Berkaitan dengan masa silamnya.

Ramai bersorak untuknya. Lagi-lagi bila DJ memberitahu dia adalah seorang Sabahan. Hampir semua staff di sana mengenali Aina. Siapa tidak kenal? Pengunjung tetap. Pandai menyanyi pelbagai lagu. Lincah menari. Seksi. Full package. Ramai yang kagum dengan kelunakan suara Aina. Termasuk seseorang yang sedang memerhatikannya.

Masa SilamWhere stories live. Discover now