50. Sengaja

5.6K 27 0
                                    

"Lama tak nampak kau Nazri.."

Nazri menoleh.

"Hai Luq.. Ye.. Aku sekarang busy buat renovation sikit kat resort aku."

"Aku datang sini nak minta maaf dengan kau pasal hal hari tu. Aku cemburu buta.."

"Engkau ni pun Luq. Macam perempuan.. Aduhhh.." Nazri ketawa.

"Eehhh.. Alang-alang dekat sini, jomlah kita minum-minum. Lama tak bergurau dengan kau semenjak malam di kelab tu." Nazri mengingatkan kembali peristiwa malam itu.

Luqman Muiz ketawa dalam paksa.

"Kau kenakan aku erk.. Takpe.. Kau tunggu.."

"Marilah gerak, tunggu apa lagi?" Nazri mematikan lamunan Luqman Muiz.

**************************************

"Kau dah baik ke dengan Aina..?"

"Syukur alhamdulillah.. Dalam masa terdekat ni, aku jemput kau okay.." Lebar senyuman Luqman Muiz.

Semasa itu Nazri meminum air kopi yang dipesannya. Dia hampir tersedak mendengar kata-kata Luqman Muiz.

"Ermmmm.. Apa?" Nazri menyoal lagi.

"Aku dan Aina dah nak kahwin.. Lagipun aku dah 'rasmi' dia malam tu. Tak tahanlah.." Luqman Muiz sengaja memancing perasaan cemburu Nazri.

Nazri terdiam.

"Naz, kau okay? Pucat semacam jer.. Kau tak sihat?" Luqman Muiz tahu kalau Nazri mulai berasa tidak senang hati.

"Ehh.. Aku okay.. Cuma tadi aku terkejut.. Iyalah.. Gaduh bagai bumi nak terbelah, tiba-tiba dah nak kahwin." Nazri cuba menyembunyikan perasaannya yang terluka.

"Ermmm.. Aina ada cerita kat aku kalau aku ni bukan lelaki pertama yang sentuh diye."

Gulp!! Nazri menelan liur.

"Tapi aku tak kisahlah. Tu masa silam diye kan.. Nak buat camna.." Luqman Muiz masih mahu melanjutkan niatnya.

"Errr.. Kau ada tanya Aina siapa lelaki tu?" Laju Nazri menyoal. Disembunyikan rasa gugupnya ketika itu.

"Takde.. Malas nak soal Aina lebih-lebih.. Nanti tak pasal-pasal kitorang gaduh lagi.."

"Engkau takkan tak marah?"

"Mula-mula memanglah aku tak dapat terima, tapi bila fikir balik tu dah lama." Luqman Muiz menjawab tenang. Tapi siapa sangka dalam hatinya itu seperti ingin ditumbuknya muka Nazri bila memikirkan kembali perbuatannya dengan Aina dulu.

Luqman muiz melihat jam di pergelangan tangannya. "Ehhh Naz, aku kena gerak dulu.. Malam ni aku ada janji dengan Aina.."

"Ohh OK Luq.. Hati-hati.. Enjoy!" Nazri turut bangun dan bersalaman dengan Luqman Muiz. Luqman Muiz meninggalkannya.

"Shitttt!!!! Aina, kau dah tidur dengan Luq??? Arrrgggghhhhhh!!!!"

Masa SilamWhere stories live. Discover now