14. Gangguan

5.9K 35 0
                                    

"Wah.. Semenjak jadi tunangan orang ni, makin lawa kau sekarang. Maklumlah, dapat anak orang kaya. Tapi sayang diye tak tahu kalau tunang diye ni aku dah jilat satu badan." Suara yang bercakap di belakangnya sangat dikenali Aina. Nazri bekas kekasihnya.

"Hoi! Kau kalau setakat pigi sini mau kasi sakit hati aku, baik janganlah. Buang masa kau saja. Sa tia kisah pun." Aina membalas dengan berniat menyakitkan hati Nazri.

"Wo.. Wo.. Wo.. Rileklaaa sayang. Sekarang dah pandai garang-garang. Dulu bukan main manja lagi. Siap lepak celah kangkang aku lagi. Hahaaaa.." Nazri benar-benar sudah melampau.

"Kau diam Nazri!" Mata Aina mulai bergenang airmata.

Dipeluknya Aina. Ditolaknya ke dinding.

Aina cuba melepaskan diri.

"Tak rindu?" Nazri semakin menghimpit Aina.

"Nazri, janganlah macam ni. Kasi lepas sa. Nanti orang nampak." Airmatanya deras mengalir.

"Biarlah orang nampak. Lagi baik kalau Luq yang nampak." Nazri tidak menghiraukan rayuan Aina.

"Janganlah macam ni Nazri. Kita bukan ada apa-apa hubungan lagi. Lagipun kau yang tinggalkan sa. Kau yang curang. Kau hancurkan harapan sa. Kasi lepas sa. Sa merayu sama kau. Sakit Nazri." Aina merayu-rayu minta dilepaskan.

"Nak aku lepaskan erkk? Boleh.. Tapi ada syaratnya." Nazri mulai berfikiran kotor. Aina ketakutan.

"Apa? Cakap saja. Janji lepas ni kau jangan kacau sa lagi. Tolonglah."

"Tidur dengan aku malam ni. Malam ni jerlaaa.. Aku betul-betul rindu service terbaik dari kaulaaa sayang. Please.." Syarat dari Nazri sangat mengejutkan Aina.

"Gila!!!! Lepaskan sa!!!"

Entah kekuatan dari mana datang tiba-tiba. Aina berjaya menendang tepat kemaluan Nazri. Nazri kesakitan. Aina terlepas dari cengkaman Nazri. Aina menolak kuat Nazri sehingga Nazri lemah tak mampu berbuat apa-apa.

"Bodoh!!! Padan muka kau!!! Buaya!!!" Maki Aina.

"Kau tunggu Aina. Aku takkan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku lagi!! Arrghhhhh!!!" Jerit Nazri sambil menahan kesakitan.

**kasi=bagi

Masa SilamWhere stories live. Discover now