45. Curiga

4.7K 28 2
                                    

"Tu kereta Nazri, apa yang diye buat kat rumah sewa Aina ni?"

Kereta mewah milik Nazri berada di luar pagar rumah sewa tunangnya. Luqman Muiz mulai berfikiran bukan-bukan.

"Mungkin aku harus selidik sendiri.." Kali ini Luqman Muiz tekad.

Dia meletakkan keretanya jauh sedikit dari  kereta Nazri. Dia kemudian keluar dan berjalan menuju ke rumah sewa Aina. Pagar rumah terbuka. Dia masuk terhendap-hendap seperti seorang pencuri. Dari luar pintu lagi dia mendengar hilai tawa Aina dan Nazri. Hatinya panas. Ditahannya. Dia cuba bertahan untuk mengetahui hal lebih lanjut.

"Kau kalau nyanyi Aina, memang best! Aku jatuh hati dengan kau sebab suara kau tulah.. Kau bawa lagu Titanic tu.. Entah apa tajuknya..."

"Ah mengada. Diamlah.."

"Eleh.. Terkenanglaaa jugak tuu.." Usik Nazri.

"Naz, mana sudah girlfriend kau dulu tu.. Kau kasi janda dia ka..?" Kali ini Aina Cuba mengenakan Nazri.

Luqman Muiz yang berada di luar terus mencuri dengar perbualan mereka. Dia semakin bingung dengan maksud perbualan mereka.

"Laaaa.. Kenapa tanya? Kau ni potong stim betullah Aina."

"Aiii.. Sa tanya pun salahkah?

"Dia ada lelaki lain. Lepas kita putus tu, kami bertunang atas permintaan keluarga. Tapi tak lama. Aku sendiri nampak dia dengan lelaki lain tengah sedap main di kondo tu.."

"Ooo.." Aina teringat kenangan mereka berdua semasa tinggal di kondominium itu.

Luqman Muiz semakin tak senang duduk.

"sorry Aina kalau aku sakitkan hati kau.."

"Aina!!!! Ooo.. Ni rupanya kerja korang berdua belakang aku kan?"

Aina dan Nazri tersentak apabila Luqman Muiz mencergah mereka secara tiba-tiba.

"Apa kau buat di sini Luqman?" Soal Aina.

"Sepatutnya aku yang tanya, apa si Nazri ni buat kat sini? Oooo.. Korang memang kenal selama ni. Hebat erk.. Pandai sembunyi. Hebat.. Hebat.. Sambil dia bertepuk tangan."

"Luq, rilek Luq.. Aku pegi sini sebab kami nak keluar makan." Nazri cuba menerangkan kepada sahabatnya itu. Hatinya berdebar sebenarnya.

"Makan? Makan apa? Tiram? Buah?" Dijelingnya Aina. "Aiskrim? Sosej?"

Panggggg!!!!

Terasa pedih pipi kirinya. Aina menampar Luqman Muiz.

"Kau memang melampau!!"

"Eeehhhhhh.. Ui kenapa ni????" Tiba-tiba Sherri muncul keluar daripada biliknya.

"Boss, apa boss buat di sini?" Sherri amat terkejut melihat majikannya juga ada di dalam rumah sewanya.

"Jom jalan Sherri.. Malas sa di sini. Ada orang bikin panas! Jom Nazri!"

"Sorry boss, kami mau keluar pigi makan bah ni. Boss mau ikut?"

"Sherri, tia payah!!! Cepat jalan!!" Aina dan Nazri sudah berjalan menuju ke kereta.

"Boss.. Kami jalan dulu. Emmm sa mau kunci rumah ni..."

"Maaf Sherri. Saya minta diri.. Maaf kalau saya buat kecoh."

"Tia apa boss.. Sa faham."

Luqman Muiz keluar dari rumah itu. Sewaktu keluar dari pagar itu, dia sempat melihat Aina di dalam kereta Nazri. Tempat duduk di hadapan. Aina langsung tidak memandang wajahnya. Luqman Muiz terus berjalan menuju ke keretanya. Dia terus menekan minyak dan meluncur laju keretanya.

**kasi janda=ceraikan
**bikin panas=menyakitkan hati

Masa SilamWhere stories live. Discover now