Bab 4🐾

3K 432 63
                                    

Love Hate | 04


DI DALAM bilik kerjanya, Jungkook duduk termenung diatas kerusi sambil bermain dengan sebatang pen.

Senyuman kecil langsung tak pudar dari bibirnya.

Sejak bertemu dengan adik tiri kepada kawannya itu, hati lelakinya bagai digaru- garu untuk mendapatkan gadis itu.

Bukan sebagai sesiapa, tapi sebagai mangsa barunya.

Lagipun, rasanya tak salah kalau dirinya mencuba Sofia, Jimin selaku abang kepada gadis itu pun dah beri kebenaran kan?

So, why not kita cuba buat gadis itu jatuh cinta pada dirinya?

It's must be fun..” bisiknya.

Telefon pintar yang berada diatas meja dicapai sebelum nombor Jimin didail. Dia ada perkara yang lebih mustahak yang perlu dia selesaikan sekarang.

Tak payah menunggu lama, dalam kiraan detik saja, panggilannya disambut.

Eo, ada apa call ni?” soal Jimin di hujung talian.

“Saja, ni aku cuma nak bagitau dekat kau yang aku nak minta maaf sikit.” ujar Jungkook. Ketukan pada pintu bilik kerjanya buatkan fokusnya sedikit terganggu namun senyuman makin lebar bila nampak gerangan yang mengetuknya.

Just come in, baby.” bisiknya.

Mia terus melangkah masuk kedalam ruangan kerja Jungkook sebelum lelaki itu dihampiri. Kecupan di pipi Jungkook dia berikan sekilas.

Eo? Kenapa kau perlu minta maaf pulak tiba- tiba ni? Ada apa- apa yang berlaku ke?” soal Jimin.

Pinggang Mia dipeluk sebelum gadis itu ditariknya duduk diatas ribaannya. Mia merengek suka.

“Ani, aku cuma nak minta maaf sebab terlanggar bonet kereta adik kau tadi.” tenang saja nada suara Jungkook sebelum pipi Mia diciumnya geram.

Mwo? Kau buat apa?

“Aku terlanggar bonet kereta adik kau tadi. Aku dah tawarkan diri untuk repair kereta adik kau. Tapi dia tak nak. Jangan cakap aku lari pulak, okay?” ujar Jungkook.

Jimin terdiam dihujung talian.

Kau- em. Kau nak nombor adik aku? Kau boleh settle sendiri. Bukan apalah, bayaran untuk repair kereta ni mahal. Lebih- lebih lagi kalau kereta Marcedez.” cadang Jimin. Serentak senyuman Jungkook makin lebar.

“Boleh aje, yalah kau pun tahukan yang aku ni tak suka berhutang. Bagi aku nombor telefon adik kau, aku settle sendiri.” jawab Jungkook.

Settle sendiri? Hem, dia ada hal yang lagi boek dari perkara itu.

Okay, nanti aku chat kau je. Kalau ada apa- apa, roger je.” panggilan diputuskan.

Jungkook tersengih kecil. Telefon diletakkan diatas meja sebelum pelukan pada pinggang Mia dieratkan lagi.

“Siapa tu you?

“Kawan I. Ada masalah sikit dengan adik dia. Don't worry, i'll settle it. Baby nak makan kat mana?” soal Jungkook, rambut gadis itu dipintalnya.

“Em.. mana- mana je, asal you ada dengan I.” jawabnya. Jungkook mengangguk kecil lalu mereka beriringan keluar untuk untuk makan tengah hari.

〰〰〰

“Apa abang nak?”

“Kenapa Sofia tak nak terima pertolongan dari kawan abang tu? Dia dah kira baik hati nak tolong baiki kereta Sofia, tau? Bukan macam sesetengah orang yang lari dari masalah.” ujar Jimin lalu melabuhkan punggung di ruang tamu mini ditengah bilik kerja adiknya itu.

“Sofia tak nak.”

But why?” soal Jimin sedikit geram.

I had bad feeling towards him.” jawab Sofia, kertas lakaran design baharu yang baru dibincangkan dengan para pekerjanya tadi.

Oh come on, this it not about bad or good feeling you have towards him. Dia ada niat yang baik, trust me.” ujar Jimin bersungguh- sungguh.

Sofia yang masih leka meneliti lakarannya. Marissa yang datang untuk menghidangkan secangkir kopi susu untuk Jimin itu cuma memasang telinga.

Why can't you understand me? Itu pilihan Sofia sama ada Sofia nak terima pertolongan dia ataupun tak.” jawab gadis itu.

Jimin mengetap bibir. Dia mengangkat punggung sebelum melangkah terus ke pintu keluar bilik kerja adiknya itu.

“Abang bukan tak nak faham, tapi sampai bila Sofia nak macam ni? Abang nak jadi abang yang terbaik buat Sofia, hanya itu. Abang tolong carikan Sofia pendamping hidup, salah ke?”

Sofia mendiamkan diri. Jimin kalau dah merajuk, terus keluar ayat duka dia tu.

“Sofia-”

“Abang dah bagi nombor telefon Sofia pada dia. Tunggu jelah panggilan dari Prince Charming Sofia tu.” ujar Jimin sebelum melangkah keluar dari bilik kerja tersebut.

Keluhan berat terlepas pada bibir gadis itu.

“Abang Cik Sofia dah merajuk tu..” ujar Marissa.

He's sensitive.” balas Sofia dengan keluhan kecil.

Emo semacam je Jimin ni!

.

Nantikan macam mana Jungkook cuba untuk tarik perhatian Sofia dengan cara PLAYBOY dia tu. Huhuhu.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang