Bab 39🐾

3.1K 448 110
                                    

Love Hate | 39




SETELAH puas meneliti segenap ruangan didalam kondominium mewah milik adik tirinya, Sofia itu, Jimin melabuhkan punggung diatas sofa.

Lepas je dia habis kerja tadi, terus dia pecut ke sini.

“Sofia yakin yang Sofia tak perlukan teman?” soal Jimin.

Sofia yang sedang menyusun barangnya kedalam almari yang tak sempat dikemasnya semalam itu cuma mengangguk sebagai jawapan dari soalan abangnya.

“Sofia tak takut ke? You're girl, a beautiful girl. Jadi tak mustahil kalau perompak atau some bad guy cuba untuk pecah masuk ke apa ke. Don't you worried?” soal Jimin.

Dia selaku abang perlu risau tentang keselamatan adiknya.

“Abang, kondominium ni ada sistem keselamatan yang tinggi. Security mengawal disetiap blok. There's CCTV everywhere. You don't have to worry about me.” balas Sofia.

“Lagipun Sofia kenal beberapa orang yang duduk sini. They greet me yesterday.

Dia melangkah keluar dari biliknya lalu menarik langsir sliding window agar permandangan diwaktu malam dapat dilihat waktu itu.

“Abang minta Mira temankan Sofia nak?”

“Kak Mira kan tengah focus study sekarang?”

“Ohh, lupa. Hehe.” Jimin menggaru kepalanya yang tak gatal. Lupa yang bakal isterinya itu sedang menimba ilmu. Jadi jangan dikacau dulu buat waktu ini.

“Haih.. kenapalah mak mentua Sofia tu arrogant? Dia tak tahu ke yang Sofia ni lebih-”

“Sekarang bukan masalah harta abang. Ini soal perasaan. I can't do anything if my mother in law hates me.” balas Sofia.

Jimin mengeluh kecil. Ada benarnya juga dengan ucapan Sofia itu.

“Sekarang Sofia nak buat apa?”

I don't know.

“Sofia tak nak bagitau Jungkook? Dia berhak tahu masalah sekarang. Lebih- lebih yang halau Sofia tu ibu dia.” tanya Jimin. Dia mengangkat punggung.

Sofia yang sedang merenung permandangan diwaktu malam itu dia hampiri.

Sofia termenung, memikirkan nasibnya selepas ini.

Yang dia tahu, Jungkook bakal berkahwin lagi. Yang dia tahu, dia akan menjadi madu dan berkongsi kasih dengan wanita lain.

Itu yang Sofia mahu.

Tapi itu bukanlah perkara yang dia betul- betul mahukan. Kalau Jungkook memang berjodoh dengannya, perkara itu tak mungkin berlaku.

Dan.. kalau Jungkook tak berjodoh dengan dirinya, Sofia akan sedia untuk menarik diri.

Menarik diri dari kemelut perkahwinan yang baru hijau dan baru itu.

“Kalau Sofia sukakan Jungkook..” bahu Sofia disentuh Jimin.

“Pertahankan dia, bukan melepaskan.”

“Kalau Sofia lepaskan, Sofia rugi. Sofia akan patah hati lagi dan abang tak nak Sofia bersedih.” kata Jimin.

Sofia mendiamkan diri, tubuhnya dipeluk.

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now