Bab 46🐾

2.8K 416 56
                                    

Love Hate | 46



SOFIA melangkah masuk kedalam kondominiumnya. Sejenak matanya memerhati keadaan sekeliling, kemas, gelap gelita dan yang paling penting Jungkook tak ada disitu.

“Huh..”

Sofia lepaskan keluhan kecil. Dia melangkah masuk kedalam biliknya, beg tangan diletakkan diatas katil.

Jaket denim dilepaskan dari badan, baju serta seluar jeansnya hingga yang tersisa hanyalah baju dalam dan panties.

Sofia mengutip pakaiannya lalu dimasukkan kedalam raga pakaian. Tuala mandi dicapai sebelum tubuhnya selamat masuk kedalam kamar mandi.

Disudut yang lainnya, Jungkook yang dari tadi menahan nafas akhirnya menghembuskan nafasnya lega.

Sofia ni, aish.

Boleh buat dirinya tak tentu arah. Mahu saja dia melompat keluar dari almari tadi.

She's sexy.” bisik Jungkook sambil tersenyum- senyum sendiri. Serentak kepalanya teringat tentang kejadian semalam.

Kejadian dimana dia menjadikan Sofia miliknya zahir dan batin.

Jungkook tersengih kecil.

Klek!

Telinga Jungkook menangkap bunyi pintu terbuka. Dengan penuh rasa teruja, Jungkook mengintip dari celahan almari.

Dia meneguk liurnya, tergoda dengan Sofia yang keluar dari kamar mandi dengan hanya berkemban.

“Fuh-” Jungkook menekup mulutnya. Menahan diri dari bersuara.

Sofia melangkah ke almari, Jungkook sudah tak senang duduk, bila pintu almari dibuka. Dia dan Sofia sama- sama terkaku.

“Apa awak buat kat sini?” soal Sofia, dingin. Jungkook cuma tersengih kecil, terus dia melangkah keluar bila Sofia mahu menutup pintu almari.

“Awak stalk saya?”

“Sayang, bukan macam tu. I'm just afraid that you'll get mad at me if you see my face around your house. Saya minta maaf..” kata Jungkook.

Lengan Sofia ditariknya bila gadis itu mahu menjarakkan diri dari dirinya.

“Keluarlah Jungkook. Saya nak pakai baju ni-” ucapan Sofia tergendala bila dia sedar tapak tangan Jungkook sudah melingkar di pinggangnya.

Lelaki itu mengundurkan diri hingga dia terduduk dibirai katil sementara Sofia masih dihadapannya.

“Sayang.. awak masih marah pasal hal semalam?” soal Jungkook lembut.

Sofia tak menjawab, dia alihkan pandangan bila pandangan Jungkook tajam menikam anak matanya.

“Saya tak nak cakap pasal benda tu- egh!” tubuh Sofia ditarik hingga gadis itu terduduk diatas riba Jungkook.

Mereka berpandangan seketika, Jungkook mengenyitkan matanya.

“Malu?” soal Jungkook dengan nada suara yang kedengaran nakal ditelinga Sofia.

Serentak dia terasa bibir hangat Jungkook mencium bahunya yang terdedah.

I'm sorry for last night if I treat you bad.” bisik Jungkook, ciumannya naik dari bahu hingga ke bahagian leher.

Pelukannya di pinggang Sofia makin erat bila gadis itu meronta perlahan.

“Jungkook, awak patut balik sekarang- Yah!” Sofia terjerit kecil bila Jungkook mengangkat tubuhnya hingga dibaringkan diatas katil.

Dengan cepat lelaki itu berada diatas Sofia, pergelangan tangan Sofia ditekannya diatas katil.

Rambut Sofia yang diikat bun itu dilepaskan Jungkook.

Day by day, I think I madly in love with you.” bisik Jungkook tepat ditelinga gadis itu.

Sofia mendiamkan diri, bibirnya diketap bila Jungkook mahu menarik tuala yang membaluti tubuhnya.

“Akh!”

Jungkook mengerang sakit bila bahagian sensitifnya ditendang. Itu padahnya bila dah gatal sangat!

“Sayang, why you do that?” soal Jungkook, dahinya berkerut menahan sakit. Sofia cuma membuat muka.

Dia mengangkat punggung lalu menyarungkan pakaian pada tubuhnya.

“Sayang..” panggil Jungkook.

“Mama ada call saya tadi pagi, tapi saya tak sempat angkat. Saya tahu dia tengah cari awak.” kata Sofia, Jungkook mendiamkan diri.

Why?

Dia berpandangan seketika dengan Jungkook. Wajah Sofia sudah mula berubah riak menjadi sedih.

“Dia nak cepatkan tarikh perkahwinan awak dengan Mia. Itu yang saya tahu.” balas Sofia sebelum melangkah keluar dari bilik.

Jungkook terpempan.

.

Hehe🙊

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now