Bab 49🐾

2.7K 419 61
                                    

Love Hate | 49


JUNGKOOK cuma memerhati kelibat Sofia yang sedang sibuk berurusan dengan Marissa di dalam talian itu.

Dia masih lagi terpana dengan sikap Sofia, seharian gadis itu melayan kerenahnya tanpa sebarang rungutan.

Seharian juga Jungkook rasa dihargai.

Jungkook mengangkat punggung, Sofia yang sedang duduk di kerusi kerja itu hampirinya.

“Sayang..”

“Hem?” balas Sofia dengan deheman. Jungkook memberikan back hug, wajahnya disembamkan pada leher gadis itu.

“Nak apa?” soal Sofia namun sedikitpun gadis itu tidak menolak.

Dia biarkan saja Jungkook bergayut dibahunya seperti Koala. Speech untuk esok yang masih separuh dia taip itu ditelitinya semula.

“Nak awak.”

“Ambillah.”

See? Sofia langsung tak merungut apatah lagi menolak.

Mesti ada yang tak kena dengan isteri dia sampai gadis itu seakan sudah mula membuka ruang dihatinya untuk Jungkook.

“Sayang busy ke? Saya ada benda cakap something.” bisik Jungkook.

Busy sikit. Cakaplah apa awak nak cakap. Saya dengar.” jawab Sofia. Terus kerusi yang berhampiran ditarik Jungkook lalu diletakkan bersebelahan dengan gadis itu.

“Sayang ada jumpa siapa semalam? Sampai err layanan sayang dekat saya dah mula berubah?” soal Jungkook.

Sofia terjeda. Dia berpandangan dengan Jungkook sebelum menongkat dagunya diatas meja.

“Awak rasa kenapa eah?”

Berkerut dahi Jungkook jadinya. Terus hidung Sofia ducuitnya geram.

Geram dia dengan Sofia yang nampak begitu comel dimata dia. Terlalu comel.

“Saya takkan tanya kalau saya tahu sayang oi.” balas Jungkook. Sofia senyum kecil, rambut Jungkook dielusnya perlahan.

Gemuruh menguasai diri Jungkook bila mata biru Sofia memandang tepat ke matanya.

I think, loving you is not a bad idea.” balas Sofia. Sekali lagi Jungkook terpana, tapak tangan Sofia diusapnya.

What did you say?

“Saya cintakan awak.” ucap Sofia buatkan Jungkook mahu jatuh dari kerusinya.

Walaupun dia sudah sedia maklum dengan isi hati Sofia, tapi ucapan direct dari Sofia buatkan jantung Jungkook berdegup kencang.

Jungkook seperti terkena panahan cinta bila Sofia mengenyitkan matanya.

Dia mahu Sofia kekal seperti ini. Dia mahu Sofia manja seperti ini.

“Sayang..” rengek Jungkook.

“Teruslah layan saya macam ni.” bisik Jungkook. Pipi Sofia diusapnya.

“Saya tak janji.”

“Huh? Why?” berkerut dahi Jungkook jadinya bila Sofia memberi jawapan seperti itu.

“Saya akan jadi garang balik kalau awak buat hal lagi.” terang Sofia. Jungkook buat muka terkejut lalu ketawa.

“Saya janji tak buat hal yang menyakitkan hati awak lagi.” balas Jungkook.

Dahi Sofia dikecupnya lembut dan ikhlas.

“Masih banyak ke kerja sayang?” soal Jungkook. Matanya melirik sekilas pada skrin laptop gadis itu.

Anggukan dari Sofia membuatkan senyuman Jungkook jadi pudar. Kening Sofia terjongket satu.

“Kenapa?”

“Baru nak ajak buat baby Jeon.”

“Hish!” pipi Jungkook dicubit kuat buatkan lelaki itu mengerang kesakitan.

Let's make baby Jeon!

“Jangan mula!”


.

Hey, kalau anda rasa fanfic ni makin hambar.
Maaflah, sha ketandusan idea.

Ada 3 fanfic yg sha buat serentak,
so..😃

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now