Bab 13🐾

2.7K 391 85
                                    

Hey, pergilah usya fanfic dia ni, new born writer. Confirm tak nyesal.

Relationship  by heintch



Love Hate | 13





JUNGKOOK duduk termenung diatas kerusi di meja kerjanya. Pen berjenama pilot itu dia letakkan atas meja sebelum satu keluhan terlepas pada bibirnya.

Lama dia berfikir bagaimana hendak memikat hati beku gadis cantik bernama Sofia itu. Gadis itu masih lagi memegang title unofficial fiancé bagi dirinya.

Tapi sikap Sofia dan layanan dinginnya buatkan Jungkook mahu cepat- cepat mengikat gadis itu agar menjadi miliknya seorang.

Bukan kerana dia cinta, ini sebab kelelakiannya terasa tercabar. Gadis itu patut tahu siapa Jeon Jungkook yang sebenarnya.

Dia pematah hati perempuan paling berjaya, tahu?!

“Benarkan I masuk boleh tak? Tepilah!” suara perempuan yang menjerit di luar ruangannya itu buatkan Jungkook yang berkhayal sedikit tersentak.

Terus matanya tertumpu pada seorang gadis yang sedang menolak- nolak P.A-nya diluar bilik kerjanya.

Bruk!

Pintu ruangan kerjanya dirempuh masuk oleh gadis itu. Jungkook masih beriak tenang, sementara gadis itu sudah merah mukanya.

“Hey! Lelaki tak guna! Lepas you dah mengandungkan I! You pergi macam tu je?! Dasar jantan tak guna!” jerit gadis itu sebelum meluru mendapatkan Jungkook lalu memukul- mukul tubuh lelaki itu.

Jungkook menepis tangan gadis itu sedikit kasar buatkan gadis itu jatuh terjelepok diatas lantai.

Dengan angkuhnya, Jungkook melangkah melintasi gadis itu sebelum rak fail dia hampiri. Jungkook memberi isyarat tangan agar PA- nya meninggalkan mereka berdua.

“Dengar sini, Seola, kau yang berikan aku tubuh kau malam itu. Kau minta aku cintai kau sedangkan kau tahu yang aku bukan lelaki yang baik. You're stupid, Seola.

Kalau kau boleh berikan aku tubuh kau dengan mudah kepada aku, takkanlah kau tak boleh beri lelaki lain pula, kan?” sinis Jungkook berkata buatkan Park Seola tergamam.

“I bukan perempuan yang murah, Jungkook! You sendiri yang goda I malam tu! You janji akan hidup semati dengan I! Lepas you dapat yang you mahu, you menghilang! Macam hantu!” ujar Seola geram. Dengan upaya yang dia ada, dia berdiri dengan sendirinya.

“Seola, listen to me. I ada pegangan, I takkan kahwini seorang wanita tanpa rasa cinta. Dan kalau you cakap baby yang ada dalam perut you ni anak I, mana buktinya?” soal Jungkook.

Seola mengetap bibir, kemarahannya sudah memuncak. Dengan geram yang ada, dia menampar wajah kacak lagi tak guna Jeon Jungkook tersebut. Terteleng wajah Jungkook jadinya.

“You memang jantan tak guna! Tak apalah. I tak perlukan tanggungjawab you untuk kahwin dengan I atau mengaku yang you ni ayah kepada baby yang I kandung.” Seola berkata tenang.

Kali ini matanya mencerlung memandang Jungkook yang cuma tersenyum sambil mengesat hujung bibirnya.

“I doakan suatu hari nanti, bila you dah kahwin! Isteri you tak nak pandang you langsung! Isteri you akan susah mengandung dan rumah tangga you tak akan aman!” jerit Seola sebelum dia melangkah keluar dari bilik kerja Jungkook.

Takut makin lama dia disitu, makin panas dia jadinya!

Jungkook masih lagi dengan sengihannya, dia sedikit tertarik dengan doa gadis itu.

Mustahil si Sofia tak mahu jatuh cinta dengan bakal suami dia yang handsome ni kan?

“Terima kasih sebab doakan I, Seola.” sinis Jungkook berkata, tempat duduknya dia tempati.

.

Abe Jeon jahat tak?

Hai, maaf tak update, sha busy. Mianmianmian

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя