Bab 20🐾

2.8K 409 34
                                    

Love Hate | 20


KERIUHAN yang tercipta di meja makan itu menambahkan lagi kekekokan yang dialami oleh Jungkook dan Sofia. Masing- masing membisu.

Yang kedengaran hanya bunyi suara saudara mara yang bergelak ketawa dan bunyi sudu berdenting. Sarapan pagi yang agak meriah, ya?

So, Jungkook what's your plan after this? Tak nak pergi honeymoon dengan Sofia?” soal mama.

Bila tak ada suara yang keluar dari kedua mempelai itu, jadi dia mulakan soalan.

“Ahh, memang ada mama. Jungkook nak bawa sofia pergi honeymoon kalau dia tak busy. Kan, sayang?” ujar Jungkook.

Tapak tangan Jungkook menarik paksa tapak tangan Sofia lalu dia genggam agar nampak mesra dihadapan ahli keluarganya.

“Sofia tak nak pergi honeymoon? Dapat rapatkan jarak kamu berdua.”

“Sofia busy.” jawab gadis itu acuh tak acuh.

“Lah bukannya lama pun. Dua tiga hari cukuplah.” sampuk papa pula. Sofia kembali mendiamkan diri, genggaman tangan Jungkook pada tapak tangannya dia rasakan makin erat.

“Sofia ada kerja-”

“Tak apalah papa, mama. Jungkook dan Sofia honeymoon kat rumah je. Kalau kami berdua free, saya ajak dia pergi honeymoon. Ya, sayang?” soal Jungkook. Kening dijongketkan. Sofia alihkan pandangan.

“Em..” jawabnya.

“Sofia nak naik atas.”

“Eh dah seleasi ke sarapan?” soal papa, anggukan diberikan dan Sofia meminta diri untuk naik ke atas bilik hotelnya. Selang beberapa saat, Jungkook juga ikut meminta diri.

Dengan alasan yang membuatkan saudara maranya berteriak suka.

“Dia baru je pergi, tapi kook dah rindu.” ceh, basi.

Tersengih- sengih dia berjalan ke koridor tersebut untuk naik ke tingkat atas.

Alah, salah ke dia nak berdua- duaan dengan isteri dia?

“Sayang?” panggil Jungkook sebaik pintu bilik ditolak perlahan. Dia lihat Sofia sedang duduk dibirai katil sambil menatap lurus kedepan. Mengkhayal gamaknya.

“Saya ada buat salah ke?” soal Jungkook. Dia labuhkan punggung disamping Sofia, kepala disengetkan agar wajah Sofia dapat dia lihat dengan jelas.

Sofia memang cantik, namun dia dingin. Itu yang membuatkan Jungkook jatuh suka pada Sofia. Suka yang sekadar untuk menguji sejauh mana dia kedinginan Sofia pada dirinya.

“Hey..” dagu Sofia ditarik lembut agar gadis itu memandangnya. Jungkook muncungkan bibir.

“Tak baiklah monyok- monyok macam ni. Kalau awak ada masalah, boleh kongsi dengan saya.”

“Masalah saya adalah awak. Boleh tak jauh sikit, Jungkook? Serabut.” ucap Sofia.

Gadis itu mengangkat punggung dan baru saja dia hendak melangkah pergi, Jungkook sudah menarik lengan Sofia buatkan gadis itu jatuh terduduk diatas riba lelaki itu.

Tell me, sayang. Apa yang awak tak puas hati dengan saya?” soal Jungkook. Mereka berpandangan seketika.

Jarak yang sangat rapat itu buatkan tak semena- mena jantung Jungkook berdegup tak berirama. Jarang sekali perkara itu berlaku.

Mata biru Sofia buatkan Jungkook hilang arah, namun dia cuba kawal riak wajahnya dengan deheman sambil perlahan- lahan pandangan terhadap sang isteri dialihkan.

I don't like you. Noted.

Jungkook tersengih mendengar jawapan itu. Lengannya melingkar pada pinggang Sofia. Pandangan geram Sofia dia abaikan saja.

“Suka ataupun tak suka, awak dah jadi milik saya pun.” Jungkook terjeda. Dia senyum kecil, wangian rambut Sofia buatkan dia khayal seketika.

Jungkook berdehem. Wajah Sofia direnungnya dari tepi.

“Manis.” ucap Jungkook tiba- tiba.

“Apa?”

“Awak.” jawab Jungkook dengan senyuman. Sofia berdecit kecil.

Dalam kesempatan itu, Jungkook berikan sekilas ciuman pada pipi Sofia. Pelukan pada pinggang Sofia terlerai bila gadis itu meronta perlahan.

Haih, melepas lagi kau Jungkook.

“Janganlah marah ya, sayang?”

“Diamlah.”

.

Hambar hambar hambar

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now