Bab 62🐾

2.7K 407 27
                                    

Love Hate | 62




“MIA, makanlah sikit, saya ada bawakan awak bubur ayam ni.ujar Yunho lembut seraya menyuakan sudu berisi bubur ayam itu kepada Mia.

Gadis itu menjelingnya.

“Aku dah cakap aku tak nak, kan? Tak payahlah nak paksa- paksa! Aku tak suka!” pekik Mia seraya menepis tangan Yunho perlahan.

Laju lelaki itu mengelak, takut kalau bubur ayam itu tumpah. Kan sayang tu?

“Tak bolehlah macam ni, Mia. Awak dah dua tak makan tahu, nanti sakit perut, gastrik macam mana? Kang awak pengsan, saya lagi yang susah.” ucap Yunho. Mia menjeling.

“Aku tak minta kau jaga aku pun, kan? Kalau tahu menyusahkan baik pergi balik sana!” tengking Mia, seraya mengalihkan pandangan.

Tak semena- mena tubir matanya mula penuh dengan air mata sebelum jatuh membasahi pipinya.

Yunho menjadi gelabah melihat perkara itu, terus mangkuk bubur diletakkan diatas meja ditepi katil sebelum bahu Mia disentuhnya.

“Awak janganlah macam ni, saya minta maaf kalau kata- kata saya menyinggung perasaan awak. Sumpah saya tak berniat langsung nak sakitkan hati awak. Saya minta maaf, Mia.” lembut Yunho berkata.

“Disebabkan kau aku kehilangan anak aku! Disebabkan kau jugalah aku kehilangan Jungkook!” jerit Mia sebelum memukul- mukul bahu Yunho.

Lelaki itu menahan pergelangan tangan Mia, buatkan gadis itu berhenti meronta.

“Saya minta maaf.”

“Aku nak anak aku! Aku nak Jungkook!”

“Mia, sedarlah yang Jungkook tu suami orang. Cuba awak sedar saya, cuba awak buka mata awak untuk terima saya. Saya cintakan awak Mia, saya cintakan awak sangat- sangat. Please... kahwin dengan saya.” rayu Yunho, Mia menolak dada Yunho buatkan lelaki itu terjarak sedikit dengannya.

Mia memeluk kedua belah lututnya.

“Tipu.. kau tipu. Lelaki semua sama, lelaki tak setia, lelaki tak guna. Mereka akan lepaskan perempuan lepas mereka dah guna mereka. Aku tak percaya dengan kau!”

“Tapi saya lain, Mia. Saya cintakan awak. Kalau awak fikir saya buat benda tu dengan awak disebabkan nafsu, awak salah. Saya cuma tak nak awak cari lelaki lain. Saya cintakan awak sangat- sangat.

Saya nak miliki awak, dengan ikatan perkahwinan, bukan hubungan yang sekadar mahu melepaskan benih kemudian pergi. Saya bukan lelaki macam tu.” ujar Yunho bersungguh- sungguh.

Lelaki itu menarik lembut tapak tangan Mia sebelum menciumnya.

“Percayalah Mia. Saya akan jaga awak sebaik yang mungkin. Kahwin dengan saya, saya akan bahagiakan awak.” ucap Yunho.

Mia terdiam, dia lepaskan tapak tangan Yunho yang berada diatas tapak tangannya sebelum dia berpandangan empat mata dengan lelaki itu.

“Be- betul awak nak kahwin dengan saya?” soal Mia.

Yunho tersenyum kecil, sedikit lega bila Mia menukar bahasa 'aku' kepada 'saya'.

Laju saja Yunho mengangguk kecil.

“Awak janji akan bahagiakan saya?”

“Ya, saya janji.” balas Yunho. Mia tersenyum kecil, air mata yang masih tersisa di pipinya dia kesat menggunakan ibu jari.

Then, make me fall for you, first.” ucap Mia serentak buatkan Yunho tersenyum lebar, laju saja dia mencium dahi Mia.

I will, Mia. I will.” ucapnya lembut.

.

Halu🙈

Maaf tak update, phone ada problem sikit.

Huwaa😭

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now