Bab 44🐾

3.4K 436 130
                                    

Love Hate | 44



“KENAPA dengan awak ni? Tak boleh kalau sesekali awak backup saya?soal Puan Jeon.

Dia sedikit geram dengan telatah suaminya yang tak mahu menyebelahinya itu.

Tuan Jeon cuma menjongket kening, surat khabar yang dia baca tadi dia lipat lalu dia letakkan atas meja.

“Kalau benda yang awak buat ni mendatangkan faedah pada saya tak apalah.”

“Tapi masalahnya, kebencian awak pada Sofia boleh meregangkan hubungan saya dengan keluarga Park, faham tak?” ujar Tuan Jeon.

Puan Jeon mengetap bibir.

“Apa yang bagus sangat dekat keluarga Park tu hah?”

“Hey, kalau keluarga Park tak ada. Awak, saya dan Jungkook berkemungkinan akan merempat dekat jalan sekarang tahu tak?” balas Tuan Jeon.

Puan Jeon sedikit tersentak namun dia masih lagi ego.

“Apa yang susahnya? Kalau Park nak ambil balik harta dia semula. Bagilah!”

“Oh? Awak lupa ke yang semua ni harta Park? Kita hanya menumpang. Awak dah lupa ke Jeon? Dah nyanyuk?” soal Tuan Jeon buatkan Puan Jeon mengetap bibirnya.

Nak tahu sebab apa dia bencikan keluarga Park? Senang, kerana keluarga itu lebih kaya dari mereka.

Tak dapat terima kenyataan, Puan Jeon mendegus geram.

“Saya masih mahukan Mia sebagai menantu saya! Bukan perempuan yang ada darah barat macam Sofia!”

“Huh, itu bukan urusan saya. Itu urusan Jungkook.” balas Tuan Jeon.

Malas mahu melayan kerenah isterinya, dia mengangkat punggung naik ke tingkat atas.

“Nak kemana tu? Saya masih belum habis cakap!” ucap Puan Jeon.

Tapak tangan dihentak diatas meja makan tanda protes.

“Eh Mia, mari sini. Duduk dekat dengan mama. Kita sarapan sama- sama. Tak baik untuk baby kalau tak sarapan.” kata Puan Jeon bila dia lihat kelibat Mia memasuki dapur.

“Em.. Jungkook tak ada balik rumah ke ma?” soal Mia. Punggung dilabuhkan pada kerusi.

“Tak ada, cari bini dia la tu.”

“Mia semalam tunggu dia sampai jam satu.” ujar Mia dengan wajah yang acah sayu. Perutnya yang masih agak kempis dia usap.

“Lah, tak baik tau tidur lambat. Lagipun Jungkook tu dia degil. Entah apalah yang ada dekat perempuan tu sampai dia terhegeh- hegeh tak nak balik.” ujar Puan Jeon.

Mia cuma mendiamkan diri.

Terkilan.

Jungkook tak patut buat dia macam ni.

〰〰〰

Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celahan langsir yang tersingkap itu menganggu lena Jungkook.

Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka.

Lelaki itu terpisat- pisat bangun dari pembaringan, walaupun masih mamai, dan pandangan yang masih agak kabur, dia memandang sekeliling.

Bilik tidur milik sang isteri. Tapi kelibat gadis itu tidak kelihatan sama sekali, malahan disampingnya juga.

“Sofia?” panggil Jungkook. Dia gagahkan untuk bangkit. Sempat dia menggeliat kecil.

Pinggangnya lenguh dan seluruh badannya terasa sakit. Mungkin sebab terlalu kuat 'senaman' semalam, kot?

“Sayang?” sekali lagi Jungkook memanggil, dia melangkah menuju ke luar bilik. Ruang tamu dipandang sebelum dia menuju ke dapur pula.

Again, tak ada Sofia disitu dan dimana- mana.

Lah? Takkan merajuk pula kesayangan dia tu?

Senyuman Jungkook terhasil dihujung bibir bila dia lihat ada secawan kopi serta roti diletakkan diatas meja makan.

Dicawan tersebut ada dilekatkan sticky note.

From; Sofia.
I'll be back around 8 p.m. and i don't want to see your face around my house.

Understand?

No?” jawab Jungkook.

Dia tersengih kecil, sticky note dicabut dari tempatnya sebelum kopi dia hirup sekali.

Saat itu juga dia perasan ada tulisan dibelakang sticky note yang sama.

Dan satu lagi, kopi ni mengandungi racun. Minumlah sampai habis kalau awak nak mati.

Tersembur kopi yang Jungkook sedang minum sekarang.

.

Okay, belum lagi.
Relax dulu.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now