Bab 54🐾

3.3K 472 78
                                    

Love Hate | 54

Only one chapter for today, okie?



HARI berganti hari, hubungan Jungkook dengan Sofia semakin baik. Tak ada caci maki ataupun perkataan yang dapat membuatkan Jungkook patah hati lagi.

Bila diperhatikan, Sofia bukanlah gadis yang terlalu dingin, gadis itu cuma takut hatinya disakiti lagi.

Oleh lelaki yang tak setia dan suka patahkan hati perempuan. Hem, i wonder who is her other ex boyfriend doing now.

Dia dah kenal Vernon, lelaki itu boleh tahan kerek jugalah. Tapi tak sangka pula yang lelaki itu begitu mudah berputus asa, yalah dulu bukan kemain lagi yang 'aku akan rampas Sofia dari kau' ceh.

Dia bukanlah nak mengungkit, tapi kalaupun lelaki itu muncul mahu mendapatkan cinta Sofia semula, dia takkan teragak- agak lagi mahu mempertahankan Sofia agar gadis itu tahu bahawa lelaki bernama Jeon Jungkook tak mudah untuk dikalahkan.

Cewah.

Dia punya sembang, pig pun boleh terbang. Eh-

“Jungkook, saya masakkan awak pasta je malam ni, boleh? Saya tak larat nak masak. Kepala saya pening.” ucap Sofia yang baru melangkah keluar dari bilik itu.

Jungkook mendongakkan kepala.

“Pening? Sayang buat apa sampai pening- pening ni? Tak makan ke?” soal Jungkook. Dia menarik Sofia hingga gadis itu terduduk diatas ribanya.

“Tak ada selera..” jawab Sofia.

“Lah? Macam tu pula. Patutlah sayang lately, makin kurus. Saya tak sukalah sayang macam ni.” balas Jungkook, rambut Sofia diusap perlahan. Gadis itu cuma senyum segaris.

“Dah makan ubat?”

“Panadol je.”

“Jomlah pergi klinik.” ajak Jungkook, Sofia menggeleng kecil.

It's okay, saya pening sebab kerja kot? Yalah, makin hari kerja saya makin banyak. Lepas habis je fashion show hari tu, makin banyak brand yang nak bekerjasama dengan saya. Isn't that good?” ucap Sofia.

“Yalah, but you're more important to me.” balas Jungkook sebelum tersengih kecil bila Sofia mencubit lembut pipinya.

“Esok kita jenguk Mia, nak?” soal Sofia buatkan wajah Jungkook berubah masam.

“Buat apa?”

“Nak jenguk dia je. Rindu-”

“Awak rindu Mia ke, awak rindu lelaki tu, si Yunho?” soal Jungkook.

Sofia cuma tersengih kecil, bila Jungkook palingkan wajah, laju saja Sofia mengecup pipi Jungkook membuatkan senyuman lelaki itu melebar.

Terus lengannya yang melingkar di pinggang Sofia dieratkan.

“Heee..”

“Comel awak ni, Jungkook.”

“Baru tahu yang husband awak ni comel? Bukan setakat comel tau, saya ni lagi kacak dari lelaki- lelaki yang pernah awak kenal, okay? Beruntunglah awak dapat saya.” balas Jungkook.

Sofia cuma menggulingkan anak mata sebelum melonggarkan pelukan Jungkook.

“Dahlah saya nak masak ni.” lengan Jungkook ditepuk perlahan lalu Sofia mengangkat punggung lalu melangkah masuk kedalam dapur.

“Masak dengan kasih sayang, ya sayang!” jerit Jungkook lalu ketawa kecil walaupun Sofia palau dia.

Oh ya, bercakap pasal Mia, dia dah sedar dua hari selepas kejadian tu berlaku.

Dia menangis teruk dan menyesal sebab hajat untuk berkahwin dengan Jungkook tak kesampaian.

Hem.. padan muka.

Prang!

Jungkook yang sedang berkhayal itu tersentak bila terdengar bunyi pinggan jatuh dari arah dapur.

“Sayang?” soalnya, laju saja Jungkook mengangkat punggung sebelum melangkah masuk kedalam dapur.

“Ya tuhan, sayang!” pekik Jungkook bila dia masuk dapur dan mendapati Sofia sudah terbaring diatas lantai dapur.

Laju saja Jungkook mendapatkan Sofia, pipi gadis itu ditepuk perlahan.

“Sayang..”

“Sofia, wake up.” Pipi Sofia ditepuknya lagi. Bibirnya diketap.

“Wake up!”

“Shit!”

Laju saja tubuh Sofia dicempung, Jungkook sudah tak tentu arah.

Jiwanya seakan direntap begitu saja. Dia tak boleh tengok Sofia macam ni.

Tak boleh!

.

Miss me?
No?
Okie.

Check this amazing writer too:

Bangun sahur sayang.
By kthprincess

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now