Bab 23🐾

2.7K 396 62
                                    

Love Hate | 23


MIA melangkah longlai keluar dari tandas, ini kali keempat dia ulang- alik dari bilik ke tandas.

Nak cakap dia salah makan, tak juga. Elok je dia jaga pemakanan, senaman pun dia lakukan seperti biasa.

Tapi itulah, malam ini perut dia rasa luar biasa. Tekak dia asyik nak muntah aje.

Lepas je dia hidu minyak wangi jenama channel yang dia baru beli itu, terus dia rasa nak termuntah. Pelik je dia rasa.

Mia merebahkan tubuhnya diatas katil, lengan diletakkan diatas dahi, siling biliknya yang berwarna putih itu dia renung lama.

Bila dia fikirkan, dia tak datang bulan selama dua bulan.

Takkanlah..

“Aku mengandung?”

〰〰〰

Sofia melangkah menuruni anak tangga, tekaknya terasa haus jadi dia memilih untuk turun ke dapur, buat air.

Ketika itu dia terserempak dengan Puan Jeon yang juga sedang membancuh minuman di dapur.

Sebaik wanita itu mendonggakkan wajah, pandangan tajam terus diberikan pada Sofia.

“Ma..”

“Aku bukan mama kau.”

Sofia terdiam, perlahan- lahan dia mengambil gelas diatas rak pinggan lalu air dia tuang kedalam gelas.

“Kau kena ingat, menjadi menantu aku tak semestinya aku restu kau jadi isteri anak aku. Kau pun tahu kan yang aku tak sukakan kau?” ujar Puan Jeon. Kasar saja percakapannya.

“Kau guna jampi apa eah sampai anak aku terdetik nak jadikan kau isteri dia?” soal Puan Jeon.

Sofia tak berani untuk bersuara, sedingin- dinginnya dia pada Jungkook dan orang lain.

Dia masih waras untuk tidak berkelakuan tidak sopan dihadapan orang tua.

“Hei kau pekak ke apa?”

“Ma” teguran dari satu suara buatkan Puan Jeon dan Sofia sama- sama terdiam. Gelabah wanita itu menggeleng tanda tak ada apa- apa.

“Mama cakap apa dengan Sofia?” soal Jungkook, dengan wajah yang mamai dia melangkah mendapatkan isterinya Sofia.

Rambutnya yang agak messy itu dia raup kebelakang.

“Tak ada apa- apa, Jungkook. Mama borak- borak aje dengan isteri kamu ni.” ujar Puan Jeon sebelum dia ketawa kecil.

Sofia hanya mendiamkan diri.

“Mama naik dululah. Selamat malam.” ucap Puan Jeon sebelum cepat- cepat wanit itu melangkah pergi dari dapur.

Are you okay?

I'm not.

Jungkook muncungkan bibirnya, Sofia yang baru hendak melangkah itu dia tahan. Tubuh Sofia ditariknya agar lebih rapat dengan Jungkook.

“Kenapa ni, sayang?”

I'm sleepy. Saya nak tidur.”

Jungkook mengeluh, sekali lagi bila Sofia membalikkan tubuh, Jungkook melingkarkan lengannya pada pinggang Sofia. Memberikan gadis itu back hug.

Sebelum awak tidur, please make me hot chocolate. Saya nak siapkan kerja yang tertangguh. Can you?bisik Jungkook, lembut. Dagunya dia letakkan atas bahu gadis itu.

“Lepaskan saya dulu.”

“Tak nak.”

“Kalau awak tak lepaskan, saya tak nak buat.” gertak Sofia, bukannya Jungkook mengalah, makin erat pula pelukan lelaki itu pada pinggangnya.

“Kalau awak tak buat, kita macam nilah sampai pagi.” bisiknya.

Sofia mengalah, dia bergerak perlahan- lahan menuju ke almari dengan panduan Jungkook.

“Saya nak awak letak banyak coklat, supaya manis macam awak.”

“Nak kena diabetis?”

“Saya rela kena potong kaki asal awak adalah penyebabnya.”

“Dah siap.”

Jungkook leraikan pelukan, hot chocolate yang masih panas itu dia hirup perlahan sambil satu tangannya dia letakkan atas pantri agar menghalang Sofia dari bergerak pergi.

“Awak nak apa lagi?”

Give me a kiss.

In your dream-

Jungkook merapatkan wajah, hingga wajah mereka betul- betul rapat. Sofia mendiamkan diri, pandangan Jungkook tertumpu pada bibir merah Sofia.

Pandangan mata Sofia serta wangian yang ada pada tubuh gadis itu tak semena- mena jantung dia berdebar.

“Sofia..”

Renungan mata biru Sofia membuatkan kadar detak jantungnya makin kuat.


I want you.





.

Ehe💕

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now