Bab 47🐾

2.8K 431 98
                                    

Love Hate | 47


JUNGKOOK melangkah masuk kedalam rumah dengan wajah bengang, Mia serta Puan Jeon yang berada diruang tamu itu serentak mengukir senyuman lebar.

“Jungkook! Tak sangka nak balik juga anak lelaki mama seorang ni.”  kata Puan Jeon sebelum mendekati Jungkook.

Saat tapak tangannya mahu menyentuh lengan Jungkook, lelaki itu menepisnya.

Terkejut Puan Jeon jadinya. Mata Jungkook mencerlung tajam memandang wajah Mia yang dibuat- buat polos itu.

“Aku tak nak kahwin dengan kau.” senafas Jungkok mengucapkan perkataan itu sebelum lengannya dipukul Puan Jeon.

“Apa yang kamu merepek ni? Mia akan tetap jadi menantu mama dan isteri kamu. Mama tak nak ada bantahan!” tegas Puan Jeon berkata.

Jungkook menggeleng perlahan, bengang dengan keputusan yang dibuat oleh mamanya itu.

“Mama tak boleh minta Jungkook kahwin lagi. Jungkook dah ada Sofia, i want her.” ucapan Puan Jeon dibalas tegas oleh Jungkook.

“Kamu ni kenapa hah? Mia tu dah mengandung anak kamu! Takkanlah kamu nak biarkan dia macam tu!”

Jungkook mengetap bibir, Mia yang sedang duduk diatas sofa sambil mendiamkan diri itu direnung tajam.

Firasatnya kuat mengatakan bahawa anak yang dikandung Mia itu bukan anaknya.

Memang mereka pernah buat benda tu, tapi Jungkook tak bodoh lagi nak buang buang benih dia pada perempuan.

“Itu bukan anak Jungkook.” ucap Jungkook.

Mia mengalihkan pandangan, sedikit gementar dengan pandangan Jungkook terhadap dirinya.

“Jungkook cuma nakkan Sofia!”

“Apa yang ada dekat perempuan tu sampai kamu tak nak lepaskan dia? Bagus sangat ke hah?” tengking Puan Jeon.

Nasiblah Tuan Jeon tak ada dirumah sekarang, kalau tak habis main tikam- tikam lidah.

“Sofia memang bukan perempuan yang baik sangat, tapi dia pandai jaga maruah. Dia tak cuba dapatkan simpati sesiapa bila mama halau dia dulu!” pekik Jungkook.

Tapak tangannya dikepal menjadi penumbuk.

“Sekarang Jungkook nak tanya, apa yang perempuan ni dah beri mama sampai mama nak backup dia sangat? Kalau dia boleh tidur dengan Jungkook, tak mustahil dia boleh tidur dengan lelaki lain!”

Pang!

Awak memang dah melampau Jungkook!” ujar Mia, air matanya mengalir perlahan.

Tapak tangannya kuat menampar pipi Jungkook yang membuatkan wajah lelaki itu terteleng ketepi.

“Aku? Melampau? Kau patut cermin diri kau dululah Mia. Layak ke kau nak jadi isteri aku kalaupun anak yang kau kandung tu anak aku?” soal Jungkook.

Mia mengetap bibir sebelum dia berlari naik ke tingkat atas. Puan Jeon mendengus kasar.

“Mama tak kira, kamu kena kahwin juga dengan Mia. Kalau tak ceraikan Sofia atau jangan pernah anggap mama ni mama kamu!” kata Puan Jeon lalu melangkah pergi.

Jungkook meraup wajahnya geram. Dia meraung kecil.

“Semuanya bodoh!”

〰〰〰

"Yunho, ada apa awak nak jumpa saya ni?” soal Sofia.

Kerusi dihadapan Yunho ditariknya lalu punggung dilabuhkan disitu. Lelaki itu mengetap bibir sebelum memandang sekeliling.

“Em.. saya nak cakap sesuatu pasal suami awak.” kata Yunho. Wajah ditundukkan kebawah bila Sofia mula menayangkan wajah pelik.

“Kenapa dengan suami saya?” soal Sofia.

“Err dia bakal berkahwin dengan perempuan nama Mia Lee, ke?” soal Yunho. Sedikit takut untuk menyoal.

Sebaik mendapatkan anggukan dari Sofia, Yunho mula mengeluh perlahan.

“Tak sangka..”

“Awak kena Mia?”

“D- dia yang goda saya dan minta saya mengandungkan dia.”

Sofia terkedu. Spontan, mulutnta ditekup bila dia terlalu terkejut. Yunho mengalihkan pandangan. Dia malu untuk membuat pengakuan tersebut.

“Dia tahu Jungkook takkan buat perkara tu sampai dia mengandung, jadi dia minta saya buat dan anak yang dia kandung sekarang tu, anak saya.” terang Yunho. Sofia masih lagi shock.

Tapi-”

“Saya cintakan dia, tapi dia layan saya macam kekasih gelap. Tolonglah, fya. Saya tak nak dia kahwin dengan Jungkook. Saya nak dia jadi milik saya. Please..” rayu Yunho.

I can't do anything Yunho. Tapi saya rasa awak boleh.” jawab Sofia sebelum tapak tangan Yunho yang berada diatas meja ditepuknya.

“Kalau awak betul- betul sayangkan Mia, terangkan semuanya pada Jungkook dan Mama Jeon..”

Yunho mengetap bibir. Dia tak ada keberanian untuk berbuat seperti itu.

.

Heyo 🙌

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now