Bab 51🐾

2.7K 417 49
                                    

Love Hate | 51


YUNHO duduk merenung wajah pucat Mia yang sedang terbaring kaku diatas katil pesakit itu.

Tapak tangan Mia disentuh kejap sebelum dia lepaskan bila dia merasakan yang dia tak mempunyai hak untuk menyentuh Mia seperti itu.

Dalam hatinya beribu kata sesalan yang dia lemparkan pada dirinya.

Dia kesal, kalaulah dia tak memancing kemarahan Mia tadi pagi, gadis itu tak mungkin akan berada disini.

Dia lebih rela menghadap bebelan dan caci maki Mia terhadap dirinya setiap hari, bukan Mia yang terbaring kaku seperti sekarang.

Dan lagi satu, disebabkan dirinya, Mia keguguran.

Bayi yang berada didalam kandungan gadis itu tidak dapat diselamatkan kerana Mia kehilangan banyak darah.

Sebenarnya boleh diselamatkan, tapi jika bayi selamat, Mia mati dan jika Mia selamat, bayi mati.

Jadi Yunho terpaksa memilih Mia agar gadis itu boleh teruskan hidup. Nyawa gadis itu amat berharga bagi dirinya.

Mata Yunho beralih pada pintu bilik wad yang ditolak dari luar. Terpacul wajah Sofia diikuti dengan Jungkook disitu.

Wajah Sofia nampak risau.

“Yunho..” panggil Sofia lembut seraya menyentuh bahu lelaki itu, tak semena- mena air mata jantang Yunho mengalir perlahan.

Sofia menepuk perlahan bahu Yunho, bertujuan mahu menenangkan lelaki itu. Jungkook cuma mendiamkan diri di tepi katil Mia.

Dia rasa simpati, pada si lelaki bukan pada Mia. Kerana baginya, itu seperti karma untuk gadis itu.

That's sound harsh but, Jungkook doesn't even care.

Siapa suruh ganggu rumah tangga orang?

“Macam mana keadaan Mia?” soal Sofia bila Yunho mula tenang.

Lelaki menarik nafas sebelum meraup wajahnya. Jelas terpampang riak kecewa diwajah lelaki itu.

Lelaki sejati adalah lelaki yang kecewa jika seorang gadis yang dicintainya tak dapat dijaga dengan baik dan tersakiti olehnya.

“Mia keguguran..” ucap Yunho lirih dan sedih. Sofia sedikit terkejut, terus saja belakang badan Yunho kembali ditepuknya perlahan.

Kehilangan cahaya mata memang sangat menyakitkan.

“Tapi keadaan dia dah okay, Mia hilang banyak darah dah tambah darah tapi Mia still tak bangun- bangun lagi. I'm scared..” bisik Yunho.

Jungkook melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan dihujung katil tersebut.

Melihatkan keadaan Sofia yang begitu akrab dengan Yunho buatkan dirinya rasa tak selesa.

Alah, senang cerita, dia cemburu!

“Bertenang Yunho, saya yakin Mia akan okay. Awak jangan terlalu fikirkan sangat benda ni. Yang penting, keadaan dia dah stabil, kan?” ujar Sofia. Yunho mengangguk kecil.

“Oh ya, bro maaflah pasal kes Mia ni. Aku tak expect yang dia akan ganggu rumah tangga kau dengan Sofia.” kata Yunho.

Jungkook cuma berdencit kecil.

“Lain kali kali jaga baik- baik marka (makwe) kau ni. Jangan terlepas lagi. Dia dah buat baby Fya aku merajuk. Bukan senang tau nak pujuk Baby fya ni. Makan masa yang lama.” jawab Jungkook diselangi ketawa kecil bila Sofia menjelingnya.

Yunho cuma tersengih.

“Ya, aku janji akan jaga dia.” balas Yunho.

“Oh ya, tadi ibu kau ada datang.”

“Mama Jeon?” soal Sofia. Bila mendapat anggukan dari Yunho, Jungkook dan Sofia mula teruja mahu mendengar jawapan lelaki itu.

“Kau dah terangkan semuanya?”

“Ya.” balas Yunho, sepatah- sepatah.

Then?

“Bila dengar yang baby dalam perut Mia tu bukan anak kau, terus mama kau lari keluar.” terang Yunho.

Terus Jungkook dan Sofia berpandangan sesama sendiri.

Meroyanlah mama Jeon tu.

.

Pick your filter!

Hal mia dah selesai, sekarang hal mak mentua korang pula😃

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now