Bab 63🐾

3K 422 62
                                    

Love Hate | 63



CONGRATS, for both of you. Mama dah lama tunggu saat ni. Mama dah tak sabar nak menimang cucu.ucap Puan Sarrah, mama kepada Sofia itu.

Terus dia menarik anak gadisnya itu kedalam pelukan, senyuman kegembiraan terpancar di bibir ibu mentuanya itu.

Thanks, ma. Suruhlah abang Jimin kahwin cepat- cepat kalau mama nak merasa menimang cucu lagi.” balas Sofia buatkan Jimin mencebik kecil.

“Eii abang kalau boleh, hari ini jugak abang ajak Mira kahwin, tapi itulah, Mira kena belajar. Dan abang kena tunggu langkah seterusnya dari ayah Mira. Tak boleh sesuka hati kahwin macam tu.

We're in different religion, walaupun abang kena tunggu bertahun, tak apa asalkan Mira ada untuk abang.” ujar Jimin tersengih- sengih, Mira yang duduk ditepi cuma tersipu- sipu malu buatkan Sofia tersenyum kecil.

Jimin ni, walaupun mulut dia ni tak ada insuran dan tak berfikir diluar kotak, tapi Jimin tahu apa yang dia boleh dan apa yang dia tak boleh bila dengan Mira.

Perbezaan agama buatkan abangnya itu lebih matang, sudah dua kali Jimin ditolak keluarga Mira disebabkan perkara tersebut tapi disebabkan kesungguhannya, keluarga Mira akhirnya menerima Jimin.

Perlu ikut syarat dan jangan langgar apa yang mereka telah tetapkan.

Ayah Mira menangguh tarikh perkahwinan mereka kerana dia mahu Jimin betul- betul bersedia. Jangan fikir Jimin ni tak bertanggungjawab okay?

Dia belajar Islam secara senyap- senyap dan itu dipersetujui oleh papa dan mama. Mereka kata kalau perkara itu baik, tak mengapa.

Jimin akan convert ke agama Islam bila dia betul- betul bersedia dan akan mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam lagi.

Sekaligus, Jimin juga akan berpindah ke Turki bersama Mira. Hum.

Merasalah mama ada cucu kacukan ni, Korea- Turki. Auu.

“Ya, Sofia tahu.” balas Sofia. Mereka sama- sama melabuhkan punggung diatas kerusi meja makan.

“Mama masak semua ni?” soal Sofia.

“Ya mama masak tadi, dan Mira you don't have to worry okay? Mama ada minta tolong Chef Farah, kawan mama yang juga dari Turki.

Dia ajar mama cara masak ala turki dan chopstick, fork and spoon is all new. Jangan risau, okay?” ujar mama buatkan Mira mengangguk kecil.

“Haa makanlah, jangan segan- segan.” ajak Papa pula.

Setelah menunggu Mira membaca doa makan, mereka sama- sama menjamu selera makanan ala Turki itu. Beef curry, dan banyak lagi.

“Sedap, Mira?” soal Mama.

“Ya, mama.” balas Mira malu- malu. Jimin cuma tersenyum kecil, comel.

“Oh ya, Sofia lepas ni berpantang okay? Jangan suka makan makanan ringan, nanti mama buatkan minuman herba untuk kamu. Kamu juga, Jungkook. Berpantang dulu.” ujar Mama buatkan Jungkook mengangguk kecil.

Kekok dengan keadaan tersebut.

Wait, macam mana dia nak berpantang kalau Sofia, isteri dia ni cantik aja selalu?

Comel loteh lagi tu.

“Ya, aku tahu kau gelojoh Jungkook. Please tahan diri demi adik aku.” celah Jimin sebelum ketawa besar bila Sofia, Mama, Jungkook serta Mira merenungnya tajam.

Entahlah sebab apa, tapi bagi dirinya perkara itu terasa lawak.

“Abang pula macam mana?”

“Macam mana apanya? Macam nilah! Dating dengan Mira mueheheh.” tersengih- sengih Jimin jadinya.

“Hish, sudahlah Jimin. Makan tu elok- elok sikit. Nanti tercekik ke apa.” tegur Papa.

“Mama kamu macam mana Jungkook? Papa dengar Papa kamu kahwin lagi. Mama kamu okay?” soal Papa buatkan Jungkook terdiam.

“Mwo?” soal Jungkook kerana dia tak tahu langsung akan perkara tersebut.

“Papa kamu tak bagitau ke?”

Terkebil- kebil Jungkook dan Sofia jadinya.

“Dengar- dengar nama mama baru kamu tu, Jeon Haned-”

“Jeon Haned? MUAHAHAHAH!” terletus tawa Jimin jadinya manakala Jungkook cuma tersenyum kelat.

.

AAA TINGGAL 2 CHAPTER LAGI🙈

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now