🌻 | Two

1.7K 289 81
                                    

" Nah makanlah HAHAHA!! "

Sojung dan Eunbi menoleh ke arah keluar. Suara itu ada di luar restoran. Eunbi bangkit lalu dia berjalan keluar daripada situ.

Jungkook sedang dibuli oleh dua orang lelaki dan salah satu daripadanya adalah Park Jimin. Rakannya, Kim Taehyung.

Jungkook sedang mengutip nasi yang tumpah akibat ditolak oleh Jimin dan Taehyung semasa dia sedang makan. Duit yang dia ada tadi cukup-cukup untuk beli makanan itu.

" Woi, tak ada belas kasihan ke? " Soal Eunbi dan menjerit. Jimin sedar akan perasaan itu terus terhenti dan memandang Eunbi. " Bodoh ke? " Soalnya.

Eunbi kasihan melihat si dia lalu membantunya bangun dan berhenti daripada mengutip nasi yang telah kotor itu.

" Jimin, sudahlah tu buat kerja bodoh kau. " Ujar Eunbi sebelum mereka berjalan masuk ke dalam restoran itu semula. Jimin hanya memandangnya tajam.

-

" Kau okay? " Soal Eunbi. Dia hanya mengangguk dan kepala ditundukkan. Dia segan untuk berhadapan dengan Sojung dan juga Eunbi.

" Aku tahu kau lapar jadi aku boleh belanja kau makan. " Ujar Eunbi lagi dan serta merta dia mengangkat kepala memandang Eunbi.

" Eh tak mengapa. Saya dah kenyang. " Bohong Jungkook. Dia masih belum makan lagi kerana nasi yang dibeli dirampas oleh Jimin dan memijaknya.

" Jangan tipulah. Aku dengar perut kau menyanyi. " Sampuk Sojung lalu tergelak kecil. Eunbi juga tergelak. Jungkook sudah menahan malu.

" Jangan segan. Kau boleh pilih apa yang kau nak makan. " Ujar Eunbi. Jungkook teragak-agak untuk membuka mulut.

" Kalau macam tu nasi goreng pun cukup. " Balas Jungkook. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersenyum malu. Aish, kenapa segan sangat?

" Boleh. At least kau makan. " Ujar Eunbi lalu memanggil pelayan untuk memesan makanan yang Jungkook inginkan tadi.

+++

[√] Si Pengemis.Where stories live. Discover now