🌻 | Seventeen

1.2K 194 20
                                    

Jungkook yang baru tersedar itu terus menghampiri isteri kesayangan, Eunbi yang sedang sibuk memasak di dapur. Dengan perlahan dia memeluk Eunbi membuatkan isterinya itu agak terkejut.

" Sayang, " Sahut Jungkook. Eunbi memandang sekilas di tepinya itu lalu dia tersenyum. " Bilalah baby dalam ni nak keluar ya? " Soal Jungkook.

" Tak tahulah, Kook. Mungkin dua atau tiga minggu lagi. Lagipun sayang punya kandungan dah hampir cukup 9 bulan. " Ujar Eunbi membuatkan Jungkook tersenyum.

" Sayang, kalau petang ni kita pergi melawat Jimin hyung nak? " Soalnya.

" Boleh juga. Dah lama kita berdua tak dengar khabar Omma dan appa juga di sana. " Balas Eunbi.

" Okay, petang ni jangan melawa nanti Jimin hyung nampak, dia suka. " Sempat lagi dia memerli Jimin dalam diam. Eunbi tergelak kecil lalu terus menoleh menghadap Jungkook.

" Eunbi sayang Jungkook seorang saja. Ingat tu. " Ujar Eunbi.

Chup! Bibir Eunbi dikucup sekilas sebelum Jungkook berlari naik ke atas untuk membersihkan dirinya.

" Jungkook sayangkan Eunbi juga!! " Dia menjerit dari tingkat atas. Eunbi tergelak dengan perangainya dan dia terus meneruskan perbuatannya itu.

-


" Aigoo, Jungkook-ah! " Jimin terus memeluk Jungkook dengan erat. Dia melepaskan pelukannya dan menoleh ke arah Eunbi lalu tersenyum.

" Tak sangka cantik isteri kau dan pandai kau buat anak. Ingatkan kau innocent sangat. " Ujar Jimin. Terus membahang muka Jungkook akibat malu.

" Ish, hyung ni. " Jungkook segera menampar bahu Jimin. Dia langsung tidak mendengar apa yang Jungkook katakan memandnagkan dia tunduk ke bawah.

" Dah, jom masuk. " Jungkook dan Eunbi segera masuk ke dalam. Ibu dan juga bapanya berada di ruang tamu sedang memandang mereka.

Jungkook agak segan kerana dia sudah lama tidak bersemuka ataupun bercakap setelah mereka berkahwin. Walaupun, dia anak orang kaya tetapi perasaan seorang pengemis di depan mereka masih ada.

" Jungkook, termenung apa? " Soal bapanya membuatkan Jungkook agak tersentak. Dia menghampiri bapanya dan bersalaman. Bapanya mengusut rambut Jungkook.

" Jangan segan sangatlah dengan omma dan appa kamu ni. " Ujarnya membuatkan Jungkook tersenyum janggal manakala yang lain hanya tergelak.

" Erm, s-sayang, " Jungkook terus menoleh ke arah Eunbi yang terlihat sedang menanggung sakit di bahagian perutnya itu. Sudah kelihatan darah mengalir.

" Kook, isteri kau nak beranak! "

+++

Happy Ending or sad ending?

[√] Si Pengemis.Where stories live. Discover now