🌻 | Four

1.5K 279 68
                                    

Jungkook seperti biasa sedang kerja yang memenatkan. Dia kini berada di sungai Han sibuk kutip tin dan botol mineral yang orang lain sudah buang.

Kereta sorong dibawa sahaja ke mana-mana sambil mengutip tin dan botol mineral yang masih elok. Dia berharap agar hari ini dia dapat mengalas perutnya.

Tidak mahu lagi meminta duit orang lain untuk membelanjanya makanan. Tetapi itulah, fikiran Jungkook asyik terfikir tentang si perempuan cantik manis.

Perempuan yang selamatkan dirinya dan dibelanja makanan. Jungkook tersenyum apabila dia mengenangkan budi baiknya.

Dalam hidupnya, tak pernah ada seorang pun buat baik pada Jungkook tetapi perempuan itu sudah lakukannya. Cantik dan baik pula tu.

" Tak payah beranganlah Jeon Jungkook. Aku ni pengemis saja tak ada siapa yang nak pun. " Dia menolak kereta sorang tersebut tetapi dia terhenti apabila ada seseorang menegurnya.

" Hai, " Jungkook menoleh ke belakang dan membulat matanya apabila perempuan cantik manis semalam ada di belakang. Angin yang menyapa sehingga rambut perempuan itu terbang buatkan dia semakin cantik.

" H-hai, "

-

" Dah lama ke awak kerja ni? " Soal Eunbi. Jungkook menoleh dan mengangguk perlahan. Dia tersenyum sehingga gigi bunny Jungkook terserlah.

" Sebenarnya, saya berasal dari keluarga berada tapi saya dibuang sebab kena tuduh saya rogol anak orang masa sekolah.

Saya dah tak ada rumah bila umur saya 15 tahun. Parents saya terus buang saya sampai tak ada duit poket. Saya terpaksa kerja ni untuk nafkah saya. " Balasnya.

Eunbi agak tersentuh dengan kehidupan Jungkook. Dia sentuh bahu Jungkook. Jungkook terus menoleh ke arahnya dan serta merta wajahnya membahang.

" At least awak ada saya. " Ujar Eunbi lalu tergelak kerana dia melihat wajah Jungkook merona merah. Kelihatan comel apabila dia malu.

" Sebenarnya awak ada apa datang sini? " Soal Jungkook saja untuk mengubah topik. Baik dia tukar topik kalau tidak lagilah merah.

" Saya ada satu permintaan, " Ujar Eunbi membuatkan terus dia mengangkat kepala menoleh ke arahnya.

" Apa dia? " Soal Jungkook.

" Jadi boyfriend saya. "

" Apa?! "

+++

[√] Si Pengemis.Where stories live. Discover now