#1

9.2K 188 11
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your discretion!

★ ★ ★

NAMAKU Amberly Bern. Umur 25 tahun, bekerja di sebuah firma perniagaan yang berkaitan dengan pengurusan hotel dan aku cukup bertuah kerana bekerja dengan kawan baikku, Wes Randell. Dia juga merangkap majikanku dan tentu saja... aku ada hati pada dia.

Ya, memang benar. Aku jatuh cinta dengan kawan baikku, Wes, yang juga majikanku. Aku tidak dapat menahan diri! Dia baik hati, kelakar dan selalu mengambil berat tentang orang lain sebelum dirinya sendiri. Selain itu, dia juga tampan.

Masalahnya, tentu saja dia hanya menganggap aku sebagai kawan baik. Tidak lebih daripada itu. Setidaknya, fikiranku menyatakan begitu sehingga ke hari ini. Dia ada menyebutkan soal masa depan denganku, tentang berkahwin dan juga membawa aku ke mesyuarat yang sebenarnya tidak perlu untukku turut serta. Dia asyik berkepit denganku dan firasatku menyatakan bahawa sesuatu yang hebat bakal berlaku!

Alamak, baik aku berhenti berangan.

Menarik nafas dalam-dalam, aku berdiri dan mengambil timbunan dokumen dari mejaku lalu menapak ke pintu pejabatnya. Aku mengetuk lembut dan tidak menunggu sahutan. Sebagai pembantu Wes, aku tidak perlukan persetujuannya. Daun pintu aku kuak lalu menapak masuk dengan tenang apabila mataku langsung melihat dia mundar-mandir sambil tersenyuman dengan telefon ditekap ke telinganya.

Kuambil detik ini untuk hanya memerhatikan dia dengan teliti. Tubuhnya yang kurus tinggi, muat rapi dengan sut three-piece yang dia kenakan. Rambut dan matanya seolah-olah menjangkau jauh ke dalam jiwaku. Dia bukan jenis lelaki yang gila bersenam, yang mana sememangnya cita rasaku. Aku tidak larat menangani lelaki-lelaki atletik gagah yang berlagak.

Dia sempurna.

Aku terpacak di situ dan menunggu dia untuk menghabiskan perbualan. Suara dan tawanya membuat darahku bergemuruh. Kutelan liur apabila dia memandangku dan tersenyum.

"Hei, saya terpaksa hang up ni. Duty calls." Dia tertawa lagi apabila mendengar apa yang dikatakan oleh orang yang berada di hujung talian. "Ya, nanti saya call bila habis kerja. Me too... bye." Dia menamatkan panggilan dan mata indahnya bertemu pandang dengan mataku. Aku hanya mampu tersenyum. "Sorry about that, Amber."

"No problem." Aku mendekati dan meletakkan timbunan dokumen itu di atas mejanya. "Ini tu kontrak yang kau minta. Semua tinggal mau sign ja lagi in order."

Dia tersenyum padaku lantas mengangguk. "You're the best, Amber."

"Ya, ya. Whatever," balasku dengan nada bergurau. Kata-katanya kuambil dan simpan di dalam hati. "Ada apa-apa lagi?"

Senyum di wajahnya tiba-tiba lekang dan dengan gugup dia mengusap tengkuk. Jantungku mula berdegup kencang.

"Ada yang saya mau bagitau kau bah ni..."

"Okey, cakap ja." Aku cuba kedengaran tenang meskipun hatiku sama sekali tidak. Tiba-tiba saja dia bertingkah pelik.

"Tapi ini tiada kaitan sama kerja." Dia berdehem sambil mula melonggarkan tali lehernya. Aku cuba kekal tenang, cuba tidak tersipu ataupun panik dan menggigit bibir. Pasti ini sesuatu yang amat penting baginya sehingga dia bertingkah begitu. "Okey, so... ada yang saya kasi rahsia dari kau..."

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now