#4

3K 133 14
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

RYLAN'S POV:

BUNYI penggeraku yang menyebalkan mula memekak. Aku menggerutu dan mengangkat tangan untuk memukul benda sialan itu. Aku bukan jenis orang yang bangun awal pagi, tetapi memaksakan diri. Kuhela nafas dan perlahan-lahan mencelikkan mata, menyelak selimut dan bangun dari katil yang selesa.

Hari Isnin memang teruk.

Namun aku selalu bekerja keras dan jarang ada di rumah, jadi aku tidak kisah sangat sebaik saja memulakan hari. Sambil menggosok mata, kupandang jam penggera itu yang menunjukkan jam 5 pagi. Kuambil waktu sejenak untuk menjernihkan fikiran, kemudian tidak semena-mena menoleh ke belakang dan melihat bahawa Amberly masih tertidur lelap. Rambutnya menjulur keluar dari sebalik selimut. Rasanya dia tidak bangun awal bahkan pada hari bekerja.

Aku bangkit dan menapak ke almari, menutup pintu dan mengenakan seluar pendek, kemeja kelabu serta sepasang kasut untuk berlari. Menapak keluar, aku melirik sekali lagi dan Amberly masih tidur dengan gulungan selimut besar di tempatku sebentar tadi.

Dia dengan penghalang konyolnya.

Kemungkinan besar saat aku berjoging, dia akan bangun mandi dan bersiap-siap supaya apabila aku kembali, kamar mandi utama kosong untuk kugunakan. Usai berfikir begitu, aku keluar untuk memulakan hariku.

* * *

AKU cuba mengatur nafas ketika masuk. Sialan, aku benci berjoging. Namun, kudapati itu dapat mengawal pemikiranku. Aku mempunyai waktu untuk berfikir dan mencari tahu apa yang harus dilakukan seterusnya dengan keseluruhan situasi ini. Sekarang ini, mengembangkan perniagaanku merupakan keutamaan tertinggi.

Serta mencari cara untuk menghindari pihak media sebaik saja masuk ke pejabat pagi ini.

Aku merayau di sekitar rumah. Terasa masih agak senyap. Sangkaku, setidaknya aku akan melihat atau mendengar Amberly ke sana ke mari bersiap-siap, namun ternyata tidak. Pelik. Menuju ke bilik tidur, aku masuk dan mendadak terhenti.

Amberly masih di situ, di katil, seperti tadi.

Tidur.

Aku bergegas memeriksa jam dan mendapati bahawa aku telah menghabiskan lebih banyak waktu berjoging daripada biasa. Sekarang sudah jam 6:30 pagi. Adakah dia terlupa menetapkan penggeranya sendiri?! Aku pergi ke sisinya, lalu membongkok untuk menggoncang bahunya dengan lembut.

“Amberly, bangun,” cubaku pada mulanya. Dia hanya mengerang gelisah. Aku terpaksa mencuba lagi. “Uiii, bangun! Mau pi kerja sudah ni!”

Dia mengerang lagi, tetapi perlahan-lahan membuka mata untuk menatapku. “Apa?” dia bertanya, bingung. Kuperhatikan dia meraih ke bawah bantal dan menarik keluar telefonnya untuk memeriksa waktu. Alisnya berkerut.

“See?”

Telefon itu dimatikan, lalu diselipkan semula ke bawah bantal dan dia kembali memejamkan matanya. “Masih ada empat puluh minit,” gumamnya padaku.

“Empat puluh minit?” balasku, sangat bingung. Bukankah dia sepatutnya bekerja pada pukul 8 pagi seperti semua ahli perniagaan biasa?

“Jam berapa kau masuk kerja?”

Sambil mendesah, dia pusing mengiring dan cuba untuk menyelesakan dirinya sekali lagi. “Biasalah, jam lapan. Ada empat puluh minit lagi.”

“Biar serius kau ni.” Aku berdiri tegak dan menatapnya dengan riak tidak percaya.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now