#2

4.3K 146 12
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your discretion!

* * *

CHAPTER #2

RYLAN’S POV:

BAGAIMANA aku boleh terjerumus ke dalam penipuan bodoh, tolol dan mengarut ini?! Malam aku berseronok di bar, berborak dengan seorang wanita yang kusangkakan memahami luka hatiku, rupa-rupanya seorang pakar kelentong. Dan sekarang? Aku sudah berkahwin dengannya!

“Siapa bah kau ni sebenarnya?!” Aku asyik mendesak dia untuk menjawab awal pagi ini. Aku bukanlah seseorang untuk dipermainkan sewenang-wenangnya, dan dia harus tahu. Apakah dia belum pernah mendengar nama ‘Rylan Kayson’ sebelum ini?!

“Sudah saya bilang kan! Nama saya Amberly Bern! Saya bukan scam artist! Itu kau! Kau tipu supaya dapat tidur sama saya! Sekarang, tengok! Ada ni benda di jari saya!” Dia mengangkat jari manisnya, memperlihatkan cincin sederhana itu padaku. Cincin emas putih biasa. Tiada batu permata besar, tiada berlian kecil melingkarinya. Jadi bukan sesuatu yang akan kupilih untuk pertunanganku. Dia pasti berbohong!

Aku benci hendak mengaku, tetapi air matanya membuatku bingung. Kesedihannya merunsingkan aku. Aku mengalami kesukaran untuk tidak mempercayainya. Dia cekap dalam melaksanakan tugasnya, itu sudah pasti. Namun, sesuatu di dalam diriku mengatakan bahawa dia bercakap benar tentang siapa dia.

Gila, aku tahu.

Itu tidak menghalang aku daripada mengumpulkan barang-barang miliknya dan mengusir dia. Jangan harap aku akan membiarkan dia mengawalku begitu saja. Tidak akan.

Sekarang ini, meskipun pejabatku sepatutnya tutup, aku sedang bekerja. Menaip dan memastikan semuanya dikemas kini dan siap untuk minggu berikutnya. Aku harus melakukan sesuatu untuk mengalihkan fikiran daripada kekusutan sehinggalah aku tahu apa yang terjadi dan apa yang perlu dilakukan selanjutnya.

Pintu pejabatku dikuak dan Dustin berdiri di ambang pintu sambil berpeluk tubuh. Dia bersandar pada bingkai.

“Apa yang kau mau?”

“Kenapa kau kerja ni?” tanyanya padaku, berkerut dahi.

“Sebab ada kerja yang mau kasi siap,” jawabku, semakin getir. Dia tidak sepatutnya terpacak di situ menyoalku. Aku majikannya, aku boleh melakukan apa saja yang kumahu.

“Kenapa kau di sini?” Aku bahkan tidak mendongak dari kerjaku saat bertanya.

“Sebab semua tau yang kau ni gila kerja, dan saya nda mau kau kerja satu hari lepas wedding kau.”

Tubuhku menjadi kaku. Aku menatapnya. Raut wajahnya serius dan perutku terasa memulas. Dia tahu?! “Kau tau?!”

“Pasal tu perempuan yang kau tiba-tiba ja kahwin semalam? Of course. Saya bah best man kau.” Senyum kecil mula terukir di bibirnya. Aku tidak percaya!

“Tiada kau terfikir mau kasi stop sayakah?!" gerutuku, bingkas bangun dengan marah. “Dia tu scam artist!”

“Si Amberly?” Dia mengangkat kening. “Saya rasa tidak. Ada saya check pasal dia awal hari ni. She’s clean.”

Ini semua tidak masuk akal. “Explain.” Hanya itu yang mampu kututurkan. Sialan Dustin dengan latar belakang perisiknya. Kukira itu berguna di saat-saat seumpama ini, namun tetap saja tidak meringankan tamparan.

Sambil mendesah, dia mendekati dan duduk di salah satu kerusi elok yang telah kusediakan untuk klien. Menyilangkan kakinya, dia bersandar dan bersantai. “Kau tau juga kita semua mabuk semalam. Waktu kau start pi bercerita sama tu perempuan, kau terlebih minum. Of course lah, kami senang hati tengok kau begitu, tapi kami pun nda mampu buat pilihan bijak, so kami kasi okey ja lah. Berjam-jam kamu bercerita. Finally, we had to leave. Kau tarik saya pi siring, bilang kamu ada “special” plan. Lepas tu, kabur-kabur saya ingat ikut kamu dan jadi saksi kamu dua kahwin lari.”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now