#17

2K 135 18
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

RYLAN'S POV:

MATAKU terus fokus pada pintu depan, menunggu dengan sabar ia dikuak. Belum begitu lama Amberly pergi menghadiri mesyuarat mewakiliku, namun perasaanku masih berbaur. Aku selalu melaksanakan kerjaku sendiri dan tidak mahu mengharapkan orang lain. Aku tahu dia mampu, lebih-lebih lagi dengan Dustin ada di sana bersamanya, tetapi itu membuat aku rasa malas dan tidak bertanggungjawab.

Kuhela nafas dan tanpa sedar menepik-nepikkan kaki berulang kali. Sejak Amberly keluar, aku asyik berfikir. Aku berjaya makan sedikit dan meskipun denyutan di kepalaku kini reda, aku masih rasa tidak sedap perut ataupun hati.

Perutku senak dan aku dilanda panik. Semua yang ingin kukatakan kepada Amberly apabila dia pulang nanti adalah perkara-perkara yang tidak sangka akan kututurkan.

Malah, aku tidak pernah menyangka akan rasa begini pada sesiapa pun. Semuanya ada kali pertama.

Tambahan lagi, sekarang dia tahu tentang projek baruku. Entah bagaimana air mukanya apabila mendapat tahu. Senyum kecil menguntum di bibirku. Mungkin matanya melebar dan dia menahan diri agar tidak menangis. Aku dapat melihat senyum lebarnya sekarang ini. Senyum yang selalu dia ukirkan ketika benar-benar rasa gembira.

Ya Tuhan, mudah-mudahan dia juga akan tersenyum apabila aku meluahkan apa yang terbuku di benakku.

Aku mula menggendangkan jari di pelipis. Logam dingin cincin kahwinku bergesekan dengan jari-jariku yang lain, menyebabkan aku terhenti dan mengamatinya. Kuangkat tanganku ke depan muka. Warna cincin itu perak. Reka bentuknya juga biasa, sesuatu yang tidak sangka akan kusarungkan ke jariku. Namun, ternyata aku sangat menyukainya. Itu sesuatu yang baru, sesuatu yang segar. Sama sekali tiada kena-mengena dengan kehidupanku sebelum ini.

Ia lebih bermakna.

Dan Amberly sendiri memakai cincin yang kelihatan serupa. Mahukah dia menyimpan benda seperti itu di jarinya?

Tiba-tiba, pintu depan dikuak dan aku tersentak dari lamunan. Aku bingkas bangun dan menunggu untuk melihat wajah Amberly yang tersenyum.

“Amberly?” Aku mengerut kening dan pantas ke sisinya apabila dia bergegas masuk dan menutup pintu dengan kasar di belakangnya.

Dia bersandar pada pintu, matanya terpejam dan nafasnya berat. Dia berlari? Kenapa pula dia berlari? Ada yang tidak beres. Wajahnya kembali berlinangan air mata.

“Kenapa ni?” tanyaku, risau.

Boleh jadi banyak yang tidak kena sejak dia keluar, aku sendiri tidak tahu apa yang harus difikirkan.

Apabila dia tidak menyahut, kusentuh lengannya. Serta-merta dia tersentak dan meringis. Matanya terbuka memandangku. Kenapa dia seakan takut padaku? Dia... benar-benarkah aku membuat dia takut?

Keraguan yang timbul segera hilang apabila Amberly langsung meluru ke dalam pelukanku. Pinggangku dirangkul dan kepalanya dibenamkan ke dadaku. Tanpa teragak-agak, aku balas memeluk tubuh kecilnya erat-erat.

“Kenapa begitu?” soalnya perlahan. Aku turut dapat mendengar tangisan lembutnya. “Argh, punya saya marah sekarang ni!” tokoknya lagi.

Sambil memeluk, kugunakan satu tangan untuk perlahan-lahan mengangkat dagunya agar dapat memandang dia dengan teliti. Sebaik saja wajah berlinangan air mata yang penuh penyesalan dan marah itu kelihatan, kuamati dia sejenak. “What happened, Amber?” tanyaku lembut.

Raut wajahnya bertambah kesal dan sedih. “Sorry… terlampau lembik bah saya, Rylan.”

“Kau? Lembik?” cemuhku. “Mana ada,” kataku dengan jujur.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now