#12

2.2K 116 8
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

AMBERLY'S POV:

AKU mengerut kening berdiri di hadapan tiga cermin besar sedang seorang wanita mengambil pita pengukur dan mula mengukur kaki, pinggang, lengan dan kemudian payudaraku. Aku tersipu apabila dia melilitkan pita pengukur itu di belakangku dan kemudian cuba mencari tahu ukuran payudaraku. Ini biasanya tidak memalukan jika bukan kerana satu perkara.

Dustin menahan gelak di kerusi di sebelahku. Aku tidak menggerakkan tubuh. Sudah kucuba sekali dan wanita itu, namanya Irene, memarahiku. Aku menoleh sikit ke arah Dustin. “Sioklah kau di sana tu kan.”

Dia mengangkat bahu. “Bukan saya yang perlu dress untuk dinner malam ni.”

Usai wanita itu mengambil ukuran, aku menghela nafas. Dustin berkeras hendak membawaku keluar membeli pakaian untuk 'makan malam besar' yang dijadualkan malam ini.

“Saya memang ada dress.” Akhirnya aku bergerak dan bercekak pinggang. “Kau tu yang berabis suruh saya beli baru.”

Dia memutar bola matanya. “Tolonglah. Yang nampak macam karung tu?”

Rahangku terlongo. “Excuse me?! Sudah saya bilang kan, nanti ramai orang tengok-tengok saya!”

Dustin tertawa. “Yalah. Itu sister-sister yang di church mau kau join geng dorang, gitukah?”

Aku terkesiap. Dengan cepat dia mengangkat tangannya untuk beralah. “Nda payah memanas bah, Amber. Sure, that dress is decent.” Dia diam sejenak untuk tersenyum, seolah fikiran kotor terlintas di benaknya. “But, I’m just saying, kau mau impress si Rylan bah, kan?”

Aku berpeluk tubuh, masih berdegil. “Bukan dia peduli juga apa saya pakai tu. Selalu dia suka ja.”

Sambil mendesah, dia menggosok tengkuknya. “Ya, ya. Of course. Tapi bukan itu maksud saya. Kau nda maukah dia... enjoy apa yang dia nampak?”

Dengan kening Dustin terangkat, aku mengerut kening dan tidak dapat merah padam. “Dasar lelaki. Selalu fikir pasal seks ja.”

“Erm, ya. Most of the time sebenarnya. Kecuali masa-masa tertentu... macam kalau kau pakai itu dress karung.”

Kulemparkan kotak tisu padanya. Dia tertawa. Sial, mulutnya masih lancang seperti ketika mula-mula aku bertemu dengannya. Setidaknya, sekarang aku menganggap dia lebih sebagai kawan. Dan dia juga seakan menerimaku. “Kimbet kau.”

“Guilty.” Dia mengenyit mata. “Tapi serius bah, Amber. Kita mau pigi dinner party yang paling besar tahun ni. Ada mayor datang lagi, sama semua company besar. Bukan ja ini gift saya untuk Rylan, ini kira saya tolong kau juga. Si Rylan tidak bagitau kau awal-awal, sebab dia tidak mau kau kena judge. Kau mesti mau nampak setaraf sama dorang, kalau tidak habislah.”

Kuambil kata-katanya dan berfikir panjang. Dia betul. Ini isu serius. Aku harus melakukan apa yang termampu untuk memainkan peranan sebagai isteri yang baik. Isteri pemilik syarikat yang kaya-raya.

Ya. Aku akan buat yang terbaik.

Melihat kembali diriku di tiga cermin, aku rasa agak tewas. Aku tidak kelihatan seperti peranan yang sepatutnya kumainkan. Ini memerlukan banyak kerja keras dalam tempoh masa yang singkat. Wanita bernama Irene itu datang dengan beberapa gaun tersampir di lengannya. Gaun-gaun itu dibawanya ke pintu bilik persalinan hanya beberapa meter dariku, digantungkannya di dalam lalu keluar untuk tersenyum padaku. “Di sini, Mrs. Rylan.”

Kupandang Dustin dan dia mengusirku dengan tangannya. Aku mendengar dan akur.

Sesampai di bilik persalinan yang menurutku cukup luas, aku mula menanggalkan kemejaku, kemudian melipat dan meletakkannya di tepi. Begitu juga dengan jeans milikku. Kini aku berdiri dengan hanya seluar dalam dan coli, mencari-cari gaun pertama. Ahh, di situ rupanya. Aku ternampak pelbagai gaun yang tergantung dan mula melihat-lihat.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now