#21

2.1K 111 11
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

AMBERLY'S POV:

DETIK kelegaan kami pada hari itu tidak bertahan lama. Lama-kelamaan ketika Rylan dan aku pulang ke rumah, kenangan tentang apa yang baru saja berlaku terus bermain di benakku. Semuanya bagaikan mimpi, seolah insiden itu sebenarnya tidak berlaku. Lantas tiba-tiba aku tersedar. Ia benar-benar berlaku.

Kami sampai di rumah dan duduk membisu di jalan masuk selama beberapa minit. Keheningan itu tidak terasa canggung, namun memekakkan telinga. Kedua kami begitu hilang akal. Sukar untuk memikirkan apa yang harus dikatakan atau dilakukan.

Aku hanyut dalam arus fikiran sehingga tidak menyedari bahawa Rylan telah keluar dari kereta dan menapak ke sisi penumpang. Aku terperanjat kecil memandang lelaki berbadan besar itu membuka pintu dan mengamatiku.

“Mari masuk,” kata suaranya yang keletihan. Aku mengangguk dan mengambil tangannya yang terhulur padaku.

Aku tidak begitu perlukan pertolongannya untuk keluar dari kereta, tetapi aku memerlukan sentuhannya. Sebaik sahaja berdiri, kupandang matanya.

Dia juga perlukan sentuhan, sama seperti aku.

Aku dapat lihat di matanya. Bola-bola mata itu mengamatiku lagi dalam diam, manakala wajahnya meluahkan rasa gusar. Kutelan liur dan pantas melarikan pandangan, berputar dan menutup pintu kereta. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, aku terkaku apabila tangannya menekan kereta di kedua-dua belah sisiku, memerangkap aku. Aku meneliti salah satu tangannya sampai ke lengan sehingga tubuhku dipusingkan dan kami bertentang mata sekali lagi. Belakangku kini menghadap pintu kereta. Matanya menghujaniku dengan sekilas emosinya. Cinta, ketakutan, harapan dan rasa terdesak.

Kenapa dia mesti memandangku begitu? Kenapa bersamanya harus menimbulkan banyak masalah? Secara jujur, rasa sakit yang tajam menusuk hatiku dan menembusi tubuh apabila memikirkan dia terpaksa berurusan dengan aku serta masalahku sepanjang hayatnya. Dia tidak sepatutnya bersama orang sepertiku, yang hanya membuat dia melalui penderitaan ini. Aku tahu aku yang melalui semua trauma situasi ini, tetapi itu masalahku yang akan berlangsung tanpa dia. Baginya, itu boleh dihindarkan.

“Talk to me,” desaknya, seolah-olah tahu aku kebingungan.

“Rylan…” ujarku lembut, tidak pasti sama ada aku mampu melakukan ini sekarang. Aku teringin, tetapi memikirkan hidup tanpa dia terlalu berat untuk ditanggung.

“Jangan lawan saya kalau pasal ni, Amber.” Dia memberi amaran. “Saya tau ada yang tidak kena dan kau mesti mau cakap sama saya.”

Jahanam dia! Aku tidak mahu melakukan ini dan menangis lagi. Aku sudah puas menangis! Aku benci menangis, lebih-lebih lagi di hadapan orang lain! Namun, air mataku yang sudah bertakung jelas memberi amaran bahawa masih ada air mata segar yang tersisa. Aku memalingkan muka dari dia.

“Saya kasi beban kau,” bisikku. Lantas memutuskan untuk mengatakan saja dan akhirnya bertanya, “Betul kau mau kahwin sama orang macam saya? Saya lemah, banyak beban. Saya balik-balik bawa masalah, kasi susah kau... dan saya—”

“Saya sayang kau.” Dia memotong cakapku dengan berani, namun lembut. Aku memejam mata rapat-rapat saat air mataku berderai. Ya Tuhan, kalau dia meneruskan, habislah aku. Tiba-tiba dia menyentuh pipiku. Perlahan-lahan dia mengelusnya, menyebabkan aku menggigil lantaran bahagia. Pipiku diraup sepenuhnya di telapak tangannya. Dengan lembut dia memalingkan wajahku untuk memandangnya.

“Buka mata, sayang.”

“Nda mau,” kataku, tak ubah macam kanak-kanak.

“Amber, buka mata. Please, tengok saya.”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now