#18

2K 112 13
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

AMBERLY'S POV:

"KAHWIN kau?" Betulkah apa yang kudengar?

Detak jantungku terus-menerus memekakkan telinga. Pandangan penuh cinta yang diberikan Rylan membuat aku lemas. Di manakah udara? Aku seakan tidak dapat bernafas. Otakku seakan lebur dan tidak dapat memahami apa yang baru saja dia katakan. Kalau bukan kerana dia memelukku, sudah lama aku terkulai di lantai akibat terkejut.

Gerak-geri tubuhnya begitu yakin. Matanya tajam terfokus, namun debaran kencang di dadanya pada telapak tanganku menyingkapkan rasa gugup.

"Ya," jawabnya. Kemudian, secara mengejut dia melepaskan pelukannya. Aku hampir hilang keseimbangan, tetapi berusaha untuk terus berdiri.

Rylan berlutut di hadapanku. Tanganku diambilnya. Matanya tidak lari merenung mataku. "Amberly Bern, I love you. Marry me for real this time."

Pendek. Sederhana. Tiada bunga-bunga kata ditokok tambah. Dia bukan jenis yang banyak cakap, namun kesan daripada penyampaiannya yang sederhana membuat nafasku melayang. Apa yang jadi pada lelaki di hadapanku ini? Aku tidak pernah membayangkan Rylan berlutut, atau mengakui cintanya padaku dengan cara yang berani. Dia selalunya malu, selalu berfikir bahawa aku berhak bersama dengan lelaki yang lebih baik, sedangkan pada hakikatnya, dia terlalu baik untukku.

"K-Kau taukah apa yang kau cakap ni, Rylan?" bisikku.

Dia terus memegang tanganku, tetapi bangkit kembali. Tenungannya masih membuat aku terpaku. "Betul ini yang kau mau? Kau mau saya... jadi wife kau?"

"Dekat setengah tahun sudah kita sama-sama, Amber. Selama ni, susah senang, kita berfikir dan berlagak macam sudah kahwin. Sekarang saya paling takut kalau terfikir kau tiada di sebelah bila saya bangun tiap-tiap pagi. I... I can't imagine not having you beside me."

Aku juga tidak ingin berjauhan darinya, cuma aku tidak pernah terfikir bahawa dia juga rasa begitu! Adakah mimpiku akhirnya jadi kenyataan?

Ini bukan mimpi, bukan? Aku ingin mencubit diri sendiri...

"So marry me, Amberly. Bilang ya," pinta suaranya yang garau dan dalam.

"Ya," bisikku, takjub. Tidak sangka aku benar-benar menuturkan kata-kata itu. Ya, aku ingin mengahwini dia dan benar-benar menjadi isterinya! Tubuhnya terkaku dan salah satu senyuman luar biasa itu menghiasi wajahnya.

"Ya?"

Aku hanya mampu tergelak kecil dan ikut tersenyum, air mataku bergenangan. "Ya, Rylan. Ya!"

Bibirnya menekan bibirku, nafasku serta-merta melayang. Kalau bukan kerana lengannya yang gagah merangkul pinggangku, sudah lama aku terjelepok akibat lutut longgar. Perasaan yang mencurah dari bibirnya amat luar biasa. Rylan menarik diri dan menyandarkan dahinya di dahiku. Kedua kami menarik nafas panjang.

"Mari kahwin dalam dua hari ni."

Aku tertawa, tahu betapa tidak sabarnya dia. "Dua hari? Kenapa pula?" Aku tidak berganjak dariinya.

"I want to claim your name. Lagi cepat, lagi bagus," jawabnya. "Besok kita boleh kasi ready semua, lepas tu lusa kita kahwin."

Aku terlalu gembira sehingga tidak mampu menolak. "Sounds perfect."

★ ★ ★

"KENAPA dalam dua hari?" Suara Dustin bergema di segenap ruang kedai jahit itu.

Aku berdiri di sisi dan melihat-lihat tali leher pelbagai warna yang ada, manakala Rylan mencuba tuksedo lain. Selaku kawan baiknya, Dustin datang untuk membantu dia memilih. Apabila kami memberitahu Dustin awal pagi ini, dia tumpang gembira untuk kami, tetapi mula bertingkah pelik.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora