#7

2.8K 119 10
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

AMBERLY'S POV:

BERSUSAH payah aku mencelikkan mata untuk bangun. Aku tidak mendengar suara penggera ataupun sebarang bunyi yang akan menyebabkan aku mendadak terjaga begitu, tetapi aku bermimpi pelik dan asyik terfikir-fikir.

Yang mana membuat aku malas hendak menyambung tidur.

Terasa kehangatan yang sangat nyaman dan aku rasa selamat. Pelik. Selimut terasa berat di sisi saat aku baring mengiring ke kanan. Lenganku terlipat dan diselipkan ke dada dan penghalangku. Meskipun... rasanya tidak seperti biasa.

Apabila mataku berkedip lagi, aku cuba melihat di hadapan. Nuansa gelap di dalam bilik menyebabkan agak sukar untuk melihat meskipun aku cukup yakin hari sudah siang. Tanganku terdepang lebar dan meraba-raba permukaan pejal yang menghimpitku. Kulit yang hairannya kekar dan berotot...

Kulit?

Mataku terbuntang buka apabila akhirnya aku tersedar dari keadaan seakan mimpi. Dengan mata terbelalak dan tubuh terkaku, kurasa seolah tiba-tiba tidak dapat bernafas.

Aku terbungkus dalam pelukan Rylan.

Alamak.

Menelan liur dengan payah, perlahan-lahan mataku menelusuri dari dadanya di mana kepalaku berada, ke wajahnya. Kulitnya telanjang seperti kulitku. Aku cuba untuk kekal tenang, benci kerana aku sangat suka serapat ini. Lebih-lebih selepas ciuman itu, tetapi mengetahui bahawa ini tidak manis.

Aku fokus pada wajahnya sebaik saja pandanganku sampai di sana. Bahkan naik turun dadanya masih terasa di bawah tanganku. Rylan sedang tidur nyenyak. Rahangnya masih runcing, janggutnya harus dicukur. Kuambil detik ini untuk meneliti ciri-ciri wajahnya. Malahan aku tidak dapat cuba menjauhkan diri darinya, sungguhpun akalku menjerit sekuat-kuatnya.

Tulang pipinya bulat dan kusedari hidungnya sedikit bengkok. Adakah hidungnya pernah patah sebelum ini? Itu bukan hal besar, tetapi sekarang sedekat ini, aku dapat melihatnya. Keningnya santai saat dia tidur. Aku hairan melihat betapa tenteramnya dia memelukku di sini.

Adakah dia sedar?

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menjauhinya apabila melihat parut putih di rahangnya di sebalik janggut. Aku dapat melihat hujungnya mengintip dari sebalik rambut hitam. Apa yang terjadi pada dia sehingga meninggalkan parut seperti itu? Adakah seseorang mencederakannya? Ataupun dia mengalami kemalangan? Memikirkan seseorang yang mengakibatkan kecederaan sedemikian rupa padanya membuat aku rasa tidak sedap hati dan gelisah.

Mungkin aku mula mengambil berat terhadap dia... sebagai kawan.

Dia baik terhadapku selama beberapa minggu kebelakangan ini. Kami berkawan baik, sesekali berborak. Dia bertimbang rasa, tetapi seakan agak... gentar?

Dengan aku.

Tak sangka, bukan? Lelaki berbadan besar, tampan dan gagah ini gentar dengan aku? Aku berani sumpah itulah yang aku rasakan, tetapi mungkin aku silap. Mungkin itu cuma suara hatiku saja? Siapa tahu.

Aku menggeleng kepala. Aku tidak sepatutnya di sini sekarang! Gilakah aku?! Aku di katil, dalam pelukan Rylan! Ini tidak patut, tidak! Dengan hati-hati, aku cuba menjauhinya, tetapi lengan besarnya yang merangkul pinggangku tidak mengizinkan.

Dia tidak bergerak.

Jahanam.

Aku mencuba lagi, namun dia tetap tidak bergerak. Sial! Aku benar-benar tidak mahu terkantoi seperti ini! Kenapakah dia begitu gagah! Aku tersipu kecil menyedari apa yang harus kulakukan untuk melepaskan diri. Kutelan ludah.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now