#3

3.3K 143 10
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

AMBERLY'S POV:

“ALAMAK,” bisikku, membaca tajuk berita utama.

“Rylan Kayson, pemilik Kayson Corporation, ditinggalkan dan kemudian berkahwin!”

Aku menelan ludah saat membacanya berulang kali. Benarkah perkahwinanku terpampang di muka depan akhbar? Secepat ini?! Aku bahkan tidak punya waktu untuk memahami semua ini, meskipun ‘Kayson Corporation’ kedengaran tidak asing bagiku. Mataku mengimbas gambar yang boleh dikatakan melitupi keseluruhan muka surat. Itu sememangnya gambar Rylan, gambar mukanya cemberut sepertimana yang sudah kulihat beberapa kali sejak mengenali dia.

Aku mula berasa agak sukar untuk bernafas, lebih-lebih lagi dengan matanya menatapku. Baik dari surat khabar yang kupegang, juga dengan dia yang sedang duduk di kerusi di hadapanku. Perlahan-lahan, kupandang lewat surat khabar itu untuk menatap matanya yang menunjukkan riak kesal serta memohon maaf, namun gelisah.

“Macam mana dorang tau?” tanyaku, masih tidak pasti jika itu soalan yang terbaik untuk diajukan. Ia keluar begitu saja. Perutku terasa mual.

Dia tidak mengalihkan pandangan dari mataku. “Saya pun kurang pasti.” Riak cemberut yang terpampang di surat khabar kini sepadan dengan air mukanya. Dia juga tidak senang dengan hal ini, aku tahu. Namun, ini keterlaluan.

“That’s it, then?! Kita nda boleh buat apa-apa untuk kasi stop ini?” desakku lagi.

Rylan akhirnya melarikan tatapan dan mengusap rambutnya yang acak-acakan. Agaknya lantaran tidak perlu bekerja, dia tidak membubuh gel ke rambutnya untuk disikat rapi ke belakang. Aku teringat melihat rambut Rylan pada malam sebelumnya. Hairan, aku lebih suka rambutnya bebas dan semula jadi daripada disikat lekat ke belakang.

“Kita tidak boleh. Saya tidak boleh. This isn’t a good time,” katanya padaku. Nada suaranya keras. Aku cuba untuk tidak naik marah, namun terlepas cakap sedikit.

“Ini pun bukannya good time untuk kahwin dengan stranger!”

Matanya kembali merenung mataku, menyala-nyala. Eh, alamak. Sekali lagi aku menelan liur apabila dia bangkit, berdiri menjulang di atasku bagaikan arca.

“Kau fikir saya maukah kahwin sama kau?! Kau fikir saya mau life saya dalam sekelip mata kena judge, kena post untuk semua orang tengok?!” Suaranya suram dan dalam. Aku ingin mengerekot, namun tetap berdiri.

“Saya baru ja kena reject oleh perempuan yang saya sangkakan saya cinta, dan sikit lagi mau kahwin sudah! And here I am, kahwin sama perempuan lain yang saya langsung nda kenal pun! Do you think that makes me feel good?! Lebih-lebih lagi knowing yang semua orang tau dan karier saya akan hancur gara-gara itu ja?!” Dia merentap surat khabar itu dari tanganku dan aku mundur selangkah, ketakutan.

Kemarahan yang dia tunjukkan sama seperti kemarahan yang ditunjukkan lelaki itu sebelum mengancam hendak membunuhku. Air mataku bertakung dan aku cuba membendungnya agar tidak tumpah.

* * *

RYLAN'S POV:

AKU dikuasai api kemarahan. Sebenarnya aku bukan marah pada dia, tetapi pada semua kesilapan itu. Tak sangka betapa bodohnya aku mengahwini wanita ini dan kutahu, aku tidak waras. Sial, aku sangat mabuk sehingga nyaris tidak ingat apa-apa! Aku ingat akan perbualan kami yang bagiku mengasyikkan, tetapi setakat itu saja.

Kulemparkan surat khabar itu ke atas meja dan menjegil tajam padanya.

Aku terkaku.

Setitis air mata mengalir di pipinya. Mendadak, aku tersedar dan diselubungi keresahan yang maha hebat. Aku dapat melihat bagaimana dia menapak beberapa langkah menjauhiku, dan betapa riak ketakutan sekali lagi terpancar di matanya. Benarkah aku membuat dia takut? Ini bukan salahnya. Ini salahku. Ini masalahku, bukan masalahnya. Malangnya, dia terpaksa tinggal dengan aku dan terlibat sehinggalah semuanya reda.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now