#9

2.4K 119 10
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

RYLAN'S POV:

ADUI, sakitnya kepalaku. Sial, begitu juga lengan kanan dan belakangku. Sial, semuanya sakit.

Tetapi denyutan di kepalaku lebih sakit daripada apa-apa pun sekarang ini.

Kedua mata aku katup rapat, menahan sakit beberapa saat yang seterusnya. Apabila itu tidak membantu, kutekan lembut mataku. Argh, sial! Aku bahkan sukar mengangkat lengan! Entah kenapa terasa berat dan lembap. Aku mengerang jengkel.

“Encik Rylan?” Suara lembut dan terkejut bertanya.

Aku tidak jenal suara itu. Kubuka mata, tetapi mengambil masa beberapa saat. Kelopak mataku terasa berat bagaikan timah dan tempat aku sedang baring sekarang ini sangat terang. Aku berkedip beberapa kali hingga akhirnya pandanganku menjadi jelas. Seorang wanita lebih rendah dengan rambut disanggul ketat, tersenyum cerah padaku. Aku bingung.

Siapa wanita ini?

Dan mengapa dia memakai... seragam kakitangan hospital?

“Di mana saya?” tanyaku, namun hanya mampu berbisik parau. Aku memandangnya, meminta jawapan. Dengan lembut dia menyentuh lenganku.

“Tenang, Encik Rylan. Kau selamat.” Dia menarik tangannya. “Kau di hospital. Nama saya Mandy. Saya Nursing Assistant kau.”

Aku mengerut kening. Hospital? Kenapa aku berada di sini?!

“Kau ingatkah apa yang jadi?” dia bertanya dengan lembut, memberiku waktu untuk cuba berfikir.

Aku menarik nafas panjang dan memejamkan mata. Apa yang telah berlaku? Terakhir sekali kutahu… aku berada di pejabat dan Amberly memberikan aku sepucuk surat...

Mataku terbuka dan memandang si jururawat, atau siapa pun dia, dengan panik. “Amberly?” tanyaku, suaraku lebih lantang daripada tadi. Dia mengangkat kening dan kemudian tersenyum.

“Wife kau? Dia okey.”

“Di mana dia?” gesaku lagi. Aku harus pastikan dia selamat. Jika bajingan itu memburuku dan aku sekarang berada di hospital, maka dia pasti boleh sampai kepada Amberly dengan mudah!

“Dia di kafetaria. Saya suruh dia berehat. Kesian dia, terlampau risau sampai tidak makan.”

Nanti dulu... dia ada di sini? Kenapa dia tidak pulang? Dan dia belum makan? Kenapa begitu?

“Lama sudahkah dia di sini?” tanyaku, penasaran. Kuperhatikan muka wanita itu melunak kerana simpati.

“Lama sudah dia di sini sama-sama kau, dari yang kau kena hantar naik ambulans lagi. Beruntung kau dapat wife yang caring sama penyayang. Dia tidur di katil tarik tu nah—” Dia menuding ke belakangnya, ke sebuah kerusi kecil yang boleh ditarik keluar menjadi katil. Belum dikemaskan. Selimut kelihatan seolah-olah digunakan. ”Tiap-tiap malam sejak kau di sini. Saya datang mau tukar cadar waktu dia keluar dari wad, bila saya nampak kau bergerak.”

Dia memandangku dengan teliti, seolah memeriksaku. “Kau ada rasa sakit? Saya boleh tolong panggil nurse.”

“Actually, sangat sakit,” gerutuku, denyutan itu semakin keras dan kulitku rasa seperti terbakar. “Kenapa saya kesakitan betul ni?” tanyaku, tertekan.

“Sekejap, Encik Rylan,” katanya lembut, lalu cepat-cepat keluar dari wad.

Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan cawan kertas kecil di tangannya. “Nah, air. Tolonglah minum sikit. Nurse kau, Ellen kejap lagi datang bawa ubat tahan sakit.”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now