#16

2K 109 16
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

AMBERLY'S POV:

TIK. Tok. Tik. Tok. Tik. Tok.

Kucapai telefonku yang diberikan Rylan dari meja sisi katil dan menekan punat ‘power’ untuk memeriksa waktu sekali lagi. Skrin terang menyilaukan mataku sejenak sebelum dapat melihat jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Ada yang tidak kena. Entah apa, tetapi aku tidak dapat menenangkan jiwaku yang kerisauan. Rasa berat menyesakkan dada dan perutku senak. Aku tahu aku tidak sepatutnya begitu tegang, tetapi mengetahui sudah jam berapa sekarang... mahu tak mahu, aku dilanda bimbang!

Awal tadi, aku keluar menguruskan sesuatu untuk Dustin. Sekembalinya aku, dia memberitahu bahawa Rylan tiba-tiba pergi menghadiri mesyuarat. Dustin akhirnya menghantarku pulang dan mengatakan bahawa Rylan sepatutnya pulang malam ini, tetapi dia tidak tahu jam berapa tepatnya. Aku telah cuba berjaga menunggunya, tetapi sangkaku dia akan pulang tidak lama lagi. Jadi aku menyediakan sesuatu untuk dimakan dan menyimpannya, manalah tahu dia lapar, lalu mengemas rumah sedikit, mandi, malah membaca sekejap. Kemudian, kuputuskan untuk masuk tidur dan cuba untuk berehat.

Namun, tiga jam kemudian aku masih terjaga.

Dan sendirian.

Patutkah aku cuba menelefonnya lagi? Sebentar tadi sudah, tetapi berdering dua kali kemudian terus ke mel suara. Dia mengelak akukah? Sejujurnya, aku hanya ingin memastikan dia tidak apa-apa. Aku tak tahu pula mesyuarat sampai selarut ini dan jika kebetulan mereka terlambat sedikit, dia selalu menelefonku atau mengirim pesanan suara untuk memberitahuku.

Sekarang dia sama sekali tidak menghiraukan aku.

Aku mengeluh. Ini bodoh. Rasa khuatir tidak putus-putus mengganggu. Aku harus mencuba lebih keras. Mengangkat telefon ke wajah, kupilih nombor Rylan dan baru hendak mendail apabila bunyi kaca pecah perlahan tiba-tiba kedengaran dari dapur. Aku duduk dan terkaku. Dengan mata terbelalak, dicengkam rasa takut, aku menunggu untuk melihat sama ada dapat mendengar bunyi pergerakan lain.

Ada orang yang memecah masuk? Mungkinkah lelaki itu lagi?

Suara sayup seseorang yang mengutuk menerjah ke pendengaran. Cepat-cepat, tetapi dengan senyap kuselak selimut dan meletakkan kaki ke lantai. Kugunakan lampu telefonku sebagai penyuluh sambil berhati-hati pergi ke meja sisi katil Rylan dan mengeluarkan pistol sarat peluru yang disimpannya di situ. Dia memberitahuku di mana dia menyimpannya sekiranya berlaku kecemasan.

Mujurlah, aku tahu cara menggunakannya.

Kini bersenjata untuk berjaga-jaga, dengan senyap aku menapak ke pintu bilik dan menguak perlahan-lahan. Aku menyelit keluar, memastikan mataku terbuka dan mengangkat pistol. Jantungku berdegup seratus kali seminit, tetapi aku harus kekal tenang.

Kedengaran seperti bunyi gelas digerakkan dari dapur. Aku sampai ke hujung koridor. Berhenti, kupejamkan mata dan menarik nafas panjang, mempersiapkan diri. Okey, aku harus melihat sekarang. Aku harus melihat sama ada seseorang benar-benar memecah masuk.

Mengumpul keyakinan, aku tidak tahu bahawa aku telah menjenguk di sudut dan serta-merta menghela nafas lega. Kuturunkan pistol apabila melihat tubuh besar Rylan tercegat di hadapan singki dengan tangannya di bawah air paip yang mengalir.

“Rylan, kenapa ni?” Aku bergerak ke arahnya, meletakkan pistol itu di kaunter dan pergi ke sisinya. Saat itulah aku melihat serpihan gelas pecah dan tangannya berdarah.

“Tiada. I’m fine.” Suaranya kedengaran kasar dan tajam.

Aku tersentak kecil kerana perilaku kasar yang mendadak itu. Rylan bahkan tidak memandangku, hanya fokus pada tangannya yang berdarah di bawah air dingin. Mengabaikan saja, kuhulurkan tangan untuk memeriksa berapa teruk lukanya, tetapi dia pantas menarik diri dariku. Matanya yang tajam akhirnya menatapku.

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now