#19

2K 122 19
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

RYLAN'S POV:

APA yang harus kubuat? Ini benar-benar terjadi. Kusangka aku akan marah. Kusangka aku akan meletup dan hilang akal. Selalu itulah respons normalku.

Tetapi aku tidak tahu bagaimana perasaanku sekarang ini.

Terdesak. Putus asa. Rindu. Sedih.

Sakit. Kesal. Takut. Marah.

Amberly telah diculik. Aku tahu aku tidak sepatutnya biarkan dia pergi. Sepatutnya aku bertegas dia terus bersamaku, bahawa aku ikut bersama pergi memilih gaun, tanpa menghiraukan bagaimana perasaannya. Setidaknya dengan begitu, dia masih di sini.

Tiada sesiapa boleh dipersalahkan kecuali diriku sendiri.

Sejujurnya, aku tidak mampu berfikir apabila Mandy yang menjawab telefon. Sebentar tadi, aku sedang bercakap dengan Amberly. Seterusnya, kudengar bunyi nafas terkesiap dan kedengaran seperti telefon dilepaskan. Darahku tersirap dan aku menahan nafas. Sejurus beberapa saat, kudengar suara wanita menjeritkan nama Amberly dengan panik.

Sekujur tubuhku jadi beku. Sedetik, jantungku berhenti berdegup kencang dan kurasa seolah tidak boleh bernafas.

Pun begitu, soalan yang sama menghentamku bagaikan kereta api.

Apa yang harus kubuat?

Aku tahu aku harus dapatkan dia balik. Aku harus berusaha mencari dan menyelamatkan dia dan tidak melepaskannya. Namun, sebahagian diriku ingin langsung berduka, percaya bahawa dia sudah mati. Tetapi mustahil dia sudah mati. Sesuatu seperti ini tidak mungkin berlaku.

Namun...

“Rylan.” Nada akrab Dustin membuat aku tersentak dari fikiranku yang berkecamuk.

Aku sedang duduk di sini, di sebuah ruangan besar dengan begitu banyak skrin komputer serta orang terkejar ke sana ke mari dengan maklumat. Sukar untuk fokus pada maklumat itu. Aku hanya memandang Dustin, bahkan tidak cuba untuk faham. Otakku bercelaru. Aku tidak tahu bagaimana untuk mara dalam situasi ini.

Aku lemah dan sangat takut.

“Nasiblah si Amberly dengar cakap,” katanya padaku dengan riak wajah tegas. “Kami sudah dapat kesan lokasi dia.”

Riak harapan dan rasa tidak percaya terlintas di wajahku. Kutegakkan tubuh dan merenung Dustin dengan teliti. “Kamu tau di mana dia? Macam mana?! Di mana?!”

“Itu anting-anting yang saya bagi dia ada kena pasang tracker di dalam.” Aku mengerut kening. Dia telah memasang peranti pepijat pada anting-anting itu? Dustin menyentuh bahuku. “Dia tu kuat sama pintar, Rylan. Kami akan buat semua yang termampu untuk dapat dia balik. Kami sepatutnya dapat cari dia. Jangan ja dia, atau dorang buka tu anting-anting.”

Aku bangkit berdiri. “Saya ikut kau.”

Dustin menghela nafas dan menggeleng. “It’s not that simple, Rylan.”

Hatiku langsung panas. “What’s not simple?! Kau cakap apa bah ni?! Kamu tau di mana dia, tunggu apa lagi? Marilah. Sekarang juga.”

Pandangannya mengungkapkan riak penyesalan dan pengertian. “We will. Tapi jangan dulu.”

“F*ck that!” gerutuku. Pandangan Dustin serta-merta bertukar tegas dan dia menegakkan tubuhnya.

“Dalam situasi begini, kau bukan bos saya, kau bukan kawan saya. Jadi bagus kau duduk ja dan kasi biar saya buat kerja saya, which I am damn good at! Kau tiada kena latih buat kerja begini, ini bukan bidang kau. You will only get yourself and Amberly killed.”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now