UPCOMING!

1.7K 68 12
                                    

MULDER & SCULLY
(High School Drama/Humor/Sabahan Slang)

INGAT lagi beratus-ratus tahun yang dulu lelaki beli perempuan? Lepas tu, perempuan kena kasi jadi hamba abdi. Kena paksa buat kerja keras tanpa kena bayar apa-apa (kecuali atap atas kepala sama bubur ja)? Entah dari mana saya terbaca ni sejarah, saya sendiri pun tidak ingat sudah. Saya main hentam kromo ja mangkali ni. Anyway, nda sangka sejarah pandai berulang balik.

Bah, okey. Actually, saya bukan kena beli untuk buat kerja keras. Service saya kena bayar oleh ini satu lelaki. Hmm, macam dahsyat ja bunyi dia kalau begitu. Okey, biar saya cuba explain. Saya kena paksa join ini aktiviti sekolah. Mau tau apa punya aktiviti sekolah? Lelongan Single. Yep. Mana-mana student yang belum ada boyfriend/girlfriend kena lelong. Apa punya aktiviti talingung tu?!

Sial betul nasib saya ni.

Dan macam mana sebenarnya saya berjaya kena paksa buat ini? Saya, perempuan yang paling kepala batu sama antisosial di Eros Academy? Jawapan dia simple ja. Actually, guna dua perkataan ja mau jawab: kembar saya.

Saya mengaku ja. Dia berjaya pujuk saya buat ini untuk dia. Ya, dia minta saya kena jual untuk dia.

Amaaa… macam lain ja bunyi tu.

"And next is Clover Scully, adik saya, si kaki pemberontak di akademi ni. Kalau bagi sayalah kan, dia ni priceless. Tapi kita start bidding dengan harga satu ratus ringgit."

Satu ratus ringgit?! Biar betul dia ni! Apa, si Clifford tengok muka saya ni ada emaskah? Sebab khayal mangkali dia. Mustahil harga saya begitu mahal.

Saya mengeluh, tunggu ja kena kasi malu. Saya berani betting satu ratus ringgit tiada orang yang mau tawar-menawar beli saya.

"Satu ratus!" laung suara lelaki yang clear sama kuat entah dari mana di seberang auditorium.

Uik?

Sepet mata saya tengok dalam lampu silau, tapi yang saya nampak cuma tompok-tompok warna magenta dan yang di belakang gelap ja.

Bah, okey, ada satu orang mau beli saya.

"Satu ratus lima puluh!"

"Dua ratus!"

"Dua ratus lima puluh!"

"Sekarang baru ada cerita," bilang si Clifford di mikrofon sambil sengih.

"Empat ratus!"

Ternganga bah saya. Kalaulah ada banyak lalat berdengung terbang keliling saya sekarang ni, sudah saya mati tertelan satu ekor. Empat ratus ringgit? Apa konon dorang fikir saya sanggup mau buat?

"Lapan ratus," bilang tu second bidder malas-malas, lepas tu senyap.

"Lapan ratus going once... lapan ratus going twice... sold dengan harga lapan ratus ringgit!" teriak si Clifford di mikrofon.

Saya jegil tajam sama abang saya, kumat-kamit mulut saya bilang 'sold'? Dia cuma angkat bahu malu ja. Siaplah dia kalau saya membalas ni malam. Pandai-pandai suruh saya berdiri di sini untuk kena beli lelaki! Langsung nda peduli maruah kewanitaan saya!

Which brings me back to the point yang ada orang sanggup mau bayar banyak untuk beli saya, dan saya pun nda tau apa yang dorang harap dari saya sampai next week.

"Boleh pemenang kita tampil ke pentas?" panggil si Clifford, buat-buat suara macam dalam game show pula.

Semua orang terdiam bila ini satu lelaki naik tangga pigi stage. Baju putih dia yang ketat separuh tidak kena butang, kasi tayang berapa inci dada dia yang bidang. Dia pakai seluar jeans biru longgar sama kasut jenama Vans warna hijau tua biru. Kepala dia tunduk, jadi yang saya nampak cuma rambut merah. Perghhh. Saya jegil tajam lagi sama si Clifford.

Satu orang ja yang saya tau ada rambut begitu.

Macam dia boleh tangkap suara nda senang saya. Bah, macam mana juga tidak? Senyap macam bilik mayat bah di sini. Dia angkat muka tengok saya dan sengih sinis.

Heath Mulder.

Mungkin bagus saya explain sikit pasal sekolah saya. Ini bukan sekolah awam. Ini sekolah berasrama penuh untuk budak-budak kaya sama manja. Atau dikenali sebagai: Eros Academy for the Gifted and Talented. Saya sama abang saya tinggal di sini sebab parents kami kaya, sombong dan tidak mau kami stay sama dorang. Tapi antara semua budak kaya di akademi ni, cuma satu ja yang lebih banyak duit daripada student lain. Yep, nama dia Heath Mulder.

Dia ni hidung tinggi, egois sama narsisistik. Dia selalu dapat apa yang dia mau, bila dia mau. Kalau ada orang yang dia tidak suka di sekolah ni, dia boleh halau dorang keluar dari sini main petik jari ja.

Biasanya, itu bikin orang takut, tapi bukan saya. Semua orang tau yang kami ni saling benci membenci. Saya ulang lagi, semua orang tau yang kami saling benci membenci. Tapi, selama sepuluh tahun saya di akademi ni, dia belum pernah cuba mau halau saya.

Sekarang, gara-gara abang saya yang bongok, saya jadi milik dia untuk satu minggu.

°Ini adalah karya fiksyen. Nama, watak-watak, bisnes, nama-nama tempat, peristiwa dan tempat kejadian sama ada produk imaginasi penulis ataupun rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan orang sebenar, hidup atau mati, atau peristiwa sebenar cumalah kebetulan.°

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now