#10

2.4K 117 11
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

* * *

RYLAN'S POV:

AKHIRNYA. Akhirnya aku keluar dari tempat yang membosankan ini. Pembantu jururawatku, Mandy, telah mengumpulkan kesemua barang-barangku dan aku hanya menunggu jururawat untuk membawakan borang keluarku. Setelah itu, aku bebas.

Yang ingin kulakukan sekarang hanyalah pulang ke rumah dan duduk menonton filem di sofa atau sesuatu bersama Amberly. Hmm...

Sejak bila pula aku membayangkan berada di rumah bersamanya? Sekarang ini, pulang dengan dia tiada di sana sepertinya tidak begitu menarik. Aku sebenarnya akan kembali bekerja dan bukannya pulang ke rumah. Tetapi aku tahu dia akan ada di sana denganku dan aku tidak sabar-sabar.

Apa yang dia dah buat padaku?

Dan di mana dia?

Rasanya dia tidak sedar seberapa cepat mereka dapat menguruskan borang itu kerana dia belum kembali. Dia mahu berada di sini apabila aku keluar, tetapi dia juga seolah-olah ingin berada di tempat lain. Adakah dia mula rasa sebal denganku?

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Amberly asyik meminta diri selama kira-kira dua jam pada waktu petang. Fikirku dia cuma hendak mandi atau apa, tetapi selalu kembali dengan pakaian yang sama dan tiada yang nampak berubah kecuali senyumnya tidak lekang. Dia kelihatan bertambah gembira, hampir seolah-olah dia...

Tidak. Dia tidak akan meninggalkan aku di sini untuk pergi menemui... Wes.

Ketukan di pintu membantutkan fikiran yang meresahkan itu. Aku mendongak dan melihat jururawatku untuk hari ini, Trisha, masuk dengan beberapa helai kertas di genggamannya.

“Okey, Encik Rylan, ini preskripsi, instruction... semualah. Semua maklumat yang kau perlu ada di sini dan kalau kau ada apa-apa soalan lagi, jangan teragak-agak call ofis Dr. Conray. Nombor dia ada di depan tu.” Dia tersenyum dan memandangku dari sebalik cermin matanya. “Kau officially boleh keluar sudah.”

Aku mengangguk. “Thanks.”

Aku mengambil kertas-kertas itu dan menapak ke tempat begku diletakkan. Amberly telah membawa kebanyakan barang-barang kami ke kereta awal hari ini, jadi tidak banyak untuk kuangkut di saat-saat akhir. Trisha mengangguk lalu keluar apabila Mandy masuk sesudah itu.

“Hai, Kici,” panggilku padanya, memberi dia nama panggilan kerana saiz tubuhnya, bukan usia. Meskipun aku yakin dia tidak jauh lebih muda daripadaku.

Dia tersenyum cerah sambil berpeluk tubuh. “Saya rasa saya tidak akan rindu kau panggil saya begitu.”

Aku terkekeh. “Mesti kau rindu punya tu." Aku tersengih, lalu mengangkat beg itu.

“Kau mau saya tolong?” dia bertanya elok-elok.

Aku terkejut melihat betapa prihatinnya Pembantu Jururawat di sini, atau setidaknya yang seorang ini daripada yang lain. Tambahan lagi, dia telah menjaga bukan hanya aku sendiri, tetapi juga Amberly dengan baik.

“Nda payahlah, si Amber sudah bawa yang lain awal tadi.”

Aku terdiam dan sekali lagi tertanya-tanya di mana isteriku mungkin berada. “Oh ya, Kici, kau taukah di mana dia?”

Aku memandangnya, meminta jawapan dan dia mengangguk. “Ya, dia di tingkat tiga.”

Tingkat tiga? Aku menatapnya dengan bingung. “Apa dia bikin di sana?"

“Paling last saya dengar, dia membaca untuk patient. Kau mau saya bawa kau pigi sana?”

Aku mengangguk dan menuju ke pintu tempat dia berada. “Ya, kalau boleh.”

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now