#FINAL

2.6K 148 20
                                    

DISCLAIMER: This contains mature content. It is NOT SUITABLE for readers under the age of 18. Read at your own discretion!

★ ★ ★

DUSTIN'S POV:

ADUH. Argh. Sakit celaka ini. Aku mengerang dalam hati sambil menarik nafas panjang. Selalu menyebalkan beberapa hari pertama setelah ditembak sambil mengenakan baju kalis peluru. Biasanya, aku tidak begitu terganggu, tetapi sudah lama aku tidak berurusan dengan sakit begini. Agaknya aku telah menjadi lembik.

Maksudnya, aku perlu lebih kerap ke lapangan latihan apabila tidak bekerja. Atau mungkin, aku patut bersara saja. Keputusan, oh, keputusan ...

Ahh, faedahnya mempunyai dua kerja.

Aku menyusuri koridor yang lebih terang. Terus melewati beribu-ribu jeriji logam yang bersalut cat murah. Aku sampai di sebuah pintu di hujung aula yang terkunci dan dikedap. Seorang pengawal mengintip ke tingkap kecil yang berada di tengah dan mengangguk padaku. Kedengaran beberapa bunyi klik kuat sebelum aku menunggu dia membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, aku menapak masuk dan menyongsong lewat pengawal tadi. Beberapa kaki lagi terdapat beberapa sel kosong dan di situlah aku menjumpainya.

Marello.

“Ah, saya terfikir-fikir bila kau mau datang jumpa saya.” Suaranya bergema di segenap sel itu. “Saya mau bagi kau kerusi, tapi faham-faham ja lah, saya nda boleh jadi ramah suka-suka hati.”

“Nda payah, saya lebih suka kawan yang bagus,” jawabku. Aku hanya disahut dengan sengihan sinis. Bajingan takbur. “Let’s get to the point. Kami tau penglibatan kau dalam beratus-ratus kes di seluruh negara. Sana sini kau round, arr?”

Dia tidak bergerak mahupun memberi jawapan. Wajahnya masih kekal tersengih takbur. “Akhirnya, kami berjaya kasi tumbang kau. Jangan harap kau dapat keluar awal-awal,” jelasku.

Tetapi bukannya dia naik kecut seperti yang kuduga, sebaliknya dia ketawa. Dia menjongketkan kepalanya dan ketawa seperti aku baru sahaja memberitahunya lawak yang paling lucu. Aku menunggu untuk melihat apa yang dianggapnya sangat lucu. Sebaik sahaja tenang, dia memandangku tepat di mata.

“Kau fikir ini jeriji besi boleh tahan saya? Kau fikir saya tidak dapat berfungsi kalau terkurung begini?”

Dia cuba menunjukkan kuasa dan pengaruhnya. Kedua-dua itu hanya menjengkelkan aku. Aku sudah pernah berurusan dengan ramai penjenayah lain yang lebih berpengaruh daripada dia. Biasanya, aku akan menghiburkan dia dan membuat dia merasa seakan dia benar-benar berpeluang. Tetapi hari ini dengan dia, dengan apa yang hendak dilakukannya pada Amberly, aku tidak mempunyai ruang untuk bersabar.

“I’m sure they will do the job. Memandangkan bukan di sini kau akan kena tahan. Kau akan kena kasi pindah, Marello. Pigi tempat yang sangat special.” Aku sendiri tersengih padanya. Riak faham terlintas di matanya dan sengihan sinisnya serta-merta lekang. Wajahnya menunjukkan riak panik sejenak sebelum bertukar menjadi kerutan marah.

“Enjoy life kau, biarpun pendek.” Dengan itu aku berputar dan kembali ke tempat di mana aku datang.

“Bagus kau hati-hati sana, Dustin Ace!” serunya, bergema di serata dinding. “Menyesal kau terjumpa saya nanti!”

Entah kenapa, buat seketika, aku seakan percaya padanya. Tetapi kemudian, aku mengabaikan saja, mengetahui betapa tidak masuk akalnya itu. Marello hanyalah penjenayah kecil dan aku pernah menumpaskan penjenayah yang lebih berkuasa daripada dia.

Lintah jahanam.

★ ★ ★

ENAM TAHUN KEMUDIAN...

MAYBE IT'S YOU (Completed)Where stories live. Discover now