🐨 1

2.8K 224 11
                                    

Memandangkan hujan sedang turun, aku bercadang untuk tenangkan fikiran untuk sementara. Air cokelat panas dibancuh. Aku melangkah ke meja kecil yang terletak di sudut kedai ini.

Time macam nilah aku rehatkan minda. Jarang ada pelanggan datang kedai bunga aku kalau time hujan macam ni.

Cermin kaca yang jelas yang berada di hadapanku ini membantu aku untuk melihat pemandangan di luar tanpa sebarang halangan.

Kedai aku dikira kedai yang terletak di tempat paling cun sekali sebab di hadapan kedaiku ini ada Lora's Garden. Garden yang penuh dengan pelbagai bunga. Semuanya cantik cantik. Tenang aje tengok.

Berbagai bagai kerenah orang di luar yang dapat aku tengok. Ada yang berlari untuk elak dari hujan. Ada yang tengah berjalan di bawah payung. Ada juga yang main hujan.

Dan mataku terpandang pasangan couple yang sedang berjalan di bawah payung. Sukanya tengok mereka macam tu. Aku harap sangat suatu hari nanti aku dengan pasangan aku macam tu.

Tapi aku rasa a dream will remain as a dream. Sebab tak ada siapa yang nakkan aku. Lagipun orang macam aku ni tak layak ada pasangan.

Aku geleng kepala berhenti berangan. Pemandangan di luar dilihat lagi. Seronoknya tengok titisan hujan. Tenang aje.

Mataku tak sengaja melihat seorang lelaki. Lelaki itu hanya berpakaian simple iaitu berjeans hitam yang menampakkan kaki panjang bak model itu dan juga kemeja hitam tidak bercorak berlengan pendek. Suka aku tengok cara dia berfesyen.

Sedang aku leka tilik tubuh dia, mataku tak sengaja bertemu dengan dia, terus aku larikan ke arah lain. Hoodie ku diperbetulkan untuk mengawal keadaan atau lebih tepatnya menutup malu.

Aku perasan dia still pandang aku sebab aku boleh nampak dan tahu dari sisi mata kiriku. Jangan lupa pandangan mata seorang perempuan sangat luas dibanding dengan lelaki. Jadi aku boleh tahu.

Tidak lama selepas itu lelaki itu hilang. Maybe sudah pergi. Aku bernafas lega. Macam manalah aku boleh leka scan tubuh lelaki tu tadi. Tapi still aku tak sempat tengok muka dia sebab aku tertarik dengan cara dia berpakaian.

Choi Iris wake up! Apa yang kau buat tadi semua tak betul. Stop it! Atau kau akan menyesal nanti.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now