🐨 20

905 116 6
                                    

Ya ampun malasnya! Kenapa perlu hari ni ada taklimat kerjaya. Malaslah. Nanti mengantuk. Tak sukanya!

"Beb! Aku malaslah nak pergi. Kita tak yah pergi nak"

Haih! Team mate aku sorang ni.

"Kau ingat kau sorang. Aku pun malas jugak. Nak buat macam mana. Nanti tak pasal nama kita kena blacklist"

Gowon mencebik. Aku boleh berkawan dengan dia sebab kami dapat group dua orang time pemilihan group untuk projek akhir.

"Yelah"

Kami melangkah masuk dalam dewan. Hampir separuh sudah ada dalam dewan ni. Dan belakang kami juga ramai lagi. Semuanya macam tergesa gesa. Excited.

"Aku tak nak duduk depan. Kita duduk di tengah tengah"

Gowon cuma mengangguk setuju. Kami mendaki beberapa tangga. Dan sampai dia tempat duduk tengah.

"Amboi! Kau pilih tengah tengah betul ni. Orang cakap port baik"

Kami tergelak. Kalau nak tengok wayang port ni memang terbaik. Tapi sekarang ni taklimat anjai.

Tak sampai 10 minit kami duduk, dewan yang memuatkan 500 orang ni dah penuh. Dan pensyarah yang mengajar kos utama aku yang menjadi pengerusi majlis.

"Good morning everyone! First saya nak minta maaf sebab bagitahu last minute. Sebab hari hari yang akan datang kita ada event lain. So kita terpaksa buat hari ni"

Aku mencebik. Geram sebab bagitahu last minit macam ni. Tapi ada betulnya jugak. Hari hari kedepan busy. Takut tak sempat.

"Jadi tanpa membuang masa saya persilakan orang orang yang akan memberi taklimat"

Orang orang? Ramailah ni maksud dia. Sebelum ni sorang aje. Maybe tahun ni dorang nak buat kelainan sikit kot.

Aku buat tak tahu. Aku tunduk bawah main fon.

"Iris! Iris!"

Hah! Kenapa pulak minah kat sebelah aku ni. Kena sampuk ke. Aku ada dengar jugak orang lain bisik perlahan lahan.

"Kenapa?" soalku dengan malas.

"Hensemnya!"

Aku juling mata ke atas. Hish! Ingatkan apalah tadi. Aku pun pusing kepala aku melihat orang yang si Gowon ni tengok.

Terus terbeliak biji mataku. Wait what?! Apa yang tujuh orang tu buat kat situ? Aku nampak Junkyu macam tengah cari someone. Dan aku dah tahu siapa someone tu. Tidak lama selepas tu mata kami bersambung.

"Untuk pengetahuan semua, orang orang yang pihak universiti jemput ni, orang orang yang bekerjaya besar"

Semua yang mendengar macam 'o' kan aje. Masing masing muka excited.

"Diminta semua perkenalkan diri" kata pensyarahku lagi.

"Hi everyone! I'm Mark and i'm a doctor"

Aku agak terkejut. Ler mati mati aku ingat Mark ni business man macam Hyunsuk. Yelah mereka selalu bertiga.

"Hi! I'm Changbin. Saya merupakan doktor paling hensem di hospital"

Aku tergelak. Changbin Changbin. Hmm yang ni pun aku baru tahu dia jugak doktor.

"Hai everything eh everything pulak. Hi everyone! My name is Hyunsuk. I'm a business man"

Well indeed Hyunsuk.

"Wait saya rasa macam ada nampak bidadari comel dalam ni?"

Hah sudah!

"Mana dia? Baik mengaku?"

Aku cuba untuk tutup muka tapi benda yang aku tak sangka telah jadi. Separuh kaum hawa dalam ni angkat tangan. Haih! Sporting betul budak U aku ni.

Sebaik Hyunsuk tak perasan aku.

"Weh! Weh! Yang ni hensem! I like!"

Ha sudah! Gowon mula terkena serangan ulat bulu.

"Hai student student sekalian! I'm Yoshi. Saya punya kerjaya tak sehebat mereka tadi"

Wait seriuslah Yoshi.

Semua ber 'awww' bila dengar Yoshi cakap macam tu. Maybe dorang anggap Yoshi humble.

"Hmm dahlah hensem. Humble pulak tu. Dapat kat aku ni memang aku tak lepas!" kata Gowon.

Hish! Minah ni. Gatal!

"I'm just a pilot. A captain"

Dia buat muka sedih.

"Wow!" kata semua orang sekaligus. Kemudian mereka tertawa dengan telatah Yoshi.

"Hi semua! I'm Shotaro. Kerjaya saya pun biasa biasa je. Macam Yoshi sebelah saya ni"

Mereka ketawa lagi.

Oh my god! Junkyu time! Dan semua orang kecoh bila mic sampai kat tangan dia. Wow! Aku tak sangka mamat ni hot. Semua orang kenal.

"I'm Junkyu. A business man"

Simple tapi cukup untuk buat satu dewan jadi riuh rendah. Keadaan terkawal bila pensyarah ku bagi isyarat untuk diam.

"Hi everyone! I'm Hyunjin. A business man too"

Dan yang Hyunjin yang terakhir. Cool je dia.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now