🐨 29

921 113 4
                                    

Hampir tiga tahun aku menetap di Jordan bersama parents aku. Awal tu susah untuk aku sesuaikan diri tapi lama kelamaan aku dah terbiasa. Aku juga praktikal di company yang daddy aku kerja. Dah habis dah pun praktikal.

Tapi hari ni aku pulang ke tanah air semula. Dan ini semua Gowon punya pasal. Dia pujuk aku ke majlis reunion pelajar universiti dulu. Kalau ikutkan aku tak nak pergi tapi Gowon paksa aku. Dia cakap kalau aku tak nak pergi, dia bagitahu Junkyu alamat rumah dia di Jordan.

Cakap pasal Junkyu, aku rindu sangat dengan dia. Rindu dia yang selalu menghiburkan aku. Tapi sekarang ni mesti dia benci dengan aku kan. Hmm tapi takpe sebab memang itu yang aku nak.

"Iris!"

Aku dengar orang jerit nama aku.

"Gowon?"

"Aaa! Rindunya dengan kau"

Dia peluk aku ketat ketat. Sampai susah untuk aku bernafas.

"Iye aku pun rindu kau sangat sangat. Ada banyak benda aku nak story dekat kau" ujarku.

"Okey malam ni aku tidur rumah kau. Aku pun ada banyak benda nak story dekat kau"

"Bagus! Sekarang ni jom balik. Aku penatlah"

Aku sengaja merengek. Gowon mencebik.

Malam itu kami tidur pukul 3 pagi. Terlampau lama tak jumpa. Macam macam benda kami share. Malam seterusnya pula, malam reunion.

Gowon cakap buat dekat dewan hotel lima bintang. Awal tu macam terkejut tapi Gowon cakap ada orang sponsor.
So aku tak terkejut lagi. Sebab classmate aku dulu memang kebanyakan anak orang berada. Level tinggi. Maybe dorang yang sponsor.

"Amboi! Pakaian mengalahkan Queen Elizabeth. Kau saja eh nak tarik perhatian orang" bebel aku.

"Haah! Bukan selalu aku pakai macam ni. Alaa lagipun Yoshi yang beli dress ni. So aku kena hargailah. Dia pun datang ju..."

Aku nampak muka Gowon macam orang terlepas cakap something.

"Ju apa? Baik kau sambung apa yang kau cakap sebelum aku terkam kau Park Chaewon"

Gowon tergelak.

"Hamboi kau! Marah sampai terkeluar nama betul aku"

Giliran aku tergelak. Haah! Aku tak sedar aku sebut nama sebenarnya. Gowon tu hanya nama samaran. Nama betul dia Park Chaewon.

"Weh seriuslah kau pakai dress ni?" soal Gowon.

Aku scan dress aku. Okey je. Tak ada masalah pun.

"Yelah kenapa?"

"Sebelum aku pula terkam kau, baik kau tukar" bebel Gowon.

"Aku mana ada dress lain. Tak sempat beli" rengekku.

"Aku ada satu dress ni. Aku salah beli. Tak muat dengan aku. Labuh bebenor. Dengan kau muat kot"

Gowon buka almari dan membawa keluar sehelai dress. Ya ampun lawa nau! Serius Gowon beli dress macam ni. Warna rose gold. Diatas bahagian leher sampai pinggang sparkling. Diamond kecil kecil yang diletak jarang jarang. Manakala dari pinggang sampai lutut hanya kosong. Sangat cantik!

"Gorgeous!"

"Kan. Rugi aku tak dapat pakai"

Aku nampak muka kecewa Gowon sambil pandang dress yang dipegang olehnya.

"Dahlah. Pergilah tukar sana. Kita dah lambat ni"

Selepas semua nampak sempurna dia mata kami berdua, kami terus straight ke hotel dimana majlis dilangsungkan.

"Kau pakai kasut teddy bear bulu bulu Iris?"

Aku tergelak. Aku ingat dia tak perasan.

"Actually kaki aku tak berapa baik lagi. Especially tumit. So aku tak boleh pakai heel lama lama. Tapi ada tu ha heel kat belakang. Kejap lagi aku pakailah"

Gowon menggeleng kepalanya.

"Itulah kau. Lain kali kaki tu jaga elok elok. Benda tu kau nak pakai lama"

Gowon start bebel. Alaa aku bukannya sengaja pun. Hari tu time turun tangga aku terseliuh. Kejar meeting punya pasal. Manalah aku tahu effect dia sampai macam ni sekali.

Amboi jauh bebenor hotel ni. 20 minit jugak ambil masa untuk sampai sini. Dan sampai jugak akhirnya.

"Ramai jugak eh. Aku rasa macam classmate kita sikit je"

Terkejut aku tengok masih ramai di pintu utama hotel.

"Bukan classmate kita je. Campur dengan beberapa course lagi. Course apa tah"

Oh patutlah ramai. Campur stundent course lain.

Gowon dah turun. Manakala aku ambil heel yang berada di seat belakang. Kalau agak tak tahan sakit kejap lagi, aku tukar je pakai kasut teddy bear bulu bulu ni. Kisah apa aku.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now