🐨 16

931 120 10
                                    

Sejak dari itu, aku bukak kedai bunga seperti biasa. Dan selalu jugak Junkyu datang jemput aku dekat universiti. Dan semestinya itu semua mengundang perhatian semua orang.

Dan hari ni aku bercadang untuk makan tengah hari dengan Junkyu memandangkan kelas aku cancel. Sampai di bangunan besar lagi tinggi itu, aku terpegun dengan dekorasi dalam bangunan ni. Sangat unik!

"Excuse me? Boleh saya tahu bilik CEO tingkat berapa?" soalku.

"You ada appoiment dengan bos ke?...wait you ni future wife bos kan? Oh my sorry sangat sangat"

Aku cuma senyum. Future wife? Hmm.

Dia bagitahu detail pasal bilik Junkyu. Aku terus naik. Aku perasan ada beberapa pasang mata tengah pandang aku. Maybe dorang perasan siapa aku.

Sampai di depan pintu bilik Junkyu, PA Junkyu cuma senyum sambil membuat isyarat untuk terus masuk. Aku mengangguk.

"Hai awak!"

Aku nampak muka terkejut dia. Comel sangat. Maybe dia tak sangka yang aku akan datang jumpa dia hari ni. Tapi aku baru perasan ada seorang lelaki depan Junkyu. Eh wait!

"Awak saya ganggu awak kerja ke? Sorry saya keluar balik"

Gelabah aku dibuatnya.

"Eh mana ada! Saya kawan Junkyu. Masuklah"

Fuh! Nasib baik. Buat malu kau Iris.

"Sunshine! Awak buat apa datang sini?"

Aku bagi senyuman manis.

"Nak lunch dengan awaklah" jawab ku.

"Oh my so sweet" balas Junkyu.

"Ekhm! Aku still hidup kot"

Aku tergelak.

"Oh sunshine kenalkan ni Hyunjin. Kawan baik saya. Dia tak datang event hari tu"

Oh patutlah aku tak pernah nampak dia.

"Hai! Saya Iris"

"Takpelah kalau macam tu aku keluar dulu. Have fun!"

"Eh kau merajuk ke bro?"

Aku cuma senyum dengan perangai dua orang ini.

"Tak ada maknanya. Kau ingat kau sorang ada sunshine. Aku pun ada lah!"

Junkyu membuat muka. Hyunjin terus keluar.

"Oh my god! I miss you so much sweetheart"

"Me too. Sebab tu lepas dapat tahu kelas cancel hari ni saya terus datang sini"

"So Sweet! Thank you princess"

Belum sempat kami keluar, pintu bilik Junkyu ditolak dengan kasar dari luar.

"Hey you perempuan tak sedar diri! Berapa kali I nak cakap, jangan ganggu Junkyu!"

"Alicia stop it! Sejak bila orang nak jumpa I kena minta izin you dulu ni"

"I tak kira. Nobody can't met you kecuali I"

"Apa you merepek ni. Iris ni tunang I dan bakal wife I. So tak ada kena mengena dengan you"

"Sampai hati you Junkyu. You tahu kan I dah lama suka you"

Ha sudah! Drama pukul berapa pulak ni. Aduh! Tak boleh ke kalau aku nak happy kejap.

"You baliklah Alicia. Please jangan ganggu I dengan future wife I lagi!"

Puas hati aku tengok muka geram si Alicia ni. Dia berjalan keluar sambil menghentak kaki tak puas hati. Aku ketawa dalam hati.

"Sorry sunshine. Dia memang macam tu. So awak tak payah layan dia"

Aku cuma mengangguk. Tak ada masa aku nak layan orang macam tu. Lantaklah apa yang dia nak buat pun.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now