🐨 26

891 108 3
                                    

Selepas kejadian itu aku menjalankan hari hariku seperti biasa. Cumanya yang lain aku tak pergi jumpa Junkyu atau Junkyu datang jumpa aku. Setiap hari aku akan menghabiskan masa dengan Gowon. Pejam celik pejam celik, lagi dua hari kami perlu submit projek akhir. Dan selepas submit je, maka dengan sahnya aku tamat belajar.

"Iris! Yoshi ajak kita lunch sekali dengan dorang"

Maksudnya sekali dengan Junkyu lah kan. So jawapan dia aku tak nak. Lepas apa yang jadi aku dah malu untuk jumpa dengan Junkyu dan aku tahu Junkyu juga benci dengan aku.

"Kau tahu kan jawapan aku. Kau pergilah. Lagipun aku busy hari ni. Stok bunga baru sampai hari ni. So kau faham fahamlah"

Gowon mencebik. Dia tahu alasan aku kukuh.

"By the way aku happy kau dengan Yoshi sekarang ni. Sweet je aku tengok"

"Kalau tak kerana kau buat kerja gila time tu, Yoshi tak kan kenal aku"

Aku tergelak bila fikir kejadian tu. Sebenarnya aku sengaja je nak kenakan Gowon tapi tak sangka pulak Yoshi betul betul suka.

"Itu semua tiada kena mengena dengan aku. Kau dengan Yoshi memang dah ditakdirkan"

Gowon terus peluk aku.

"Thanks Iris!"

"Iye iye. Pergilah sana. Mesti dorang dah tunggu kau"

"Yelah. Kau pun apa apa nanti roger aku okey"

Aku mengangguk.

Sampai didepan pintu kedai bunga, hatiku jadi sayu. Maybe sebab tempat ni tempat diamana aku dengan dia jumpa untuk pertama kali.

Aku kuatkan hati masuk kedalam kedai. Memandangkan hari ni aku sengaja tutup kedai, jadi aku bercadang untuk melukis. Barang barang untuk melukis aku letak atas meja.

Dan dengan tiba tiba satu persatu kenangan aku bersama Junkyu muncul. Tanpa sedar tangan aku mula melakar something. Aku lakar sehabis elok lukisan ni. Dan aku baru perasan hujan turun. Lebat jugak lah. Maklumlah kalau duduk dalam kedai bunga aku ni memang taklah aku nak dengar bunyi yang diluar.

Hujan memang faham akulah. Dia tahu aku tengah sedih. Aku berhenti melukis dan melihat hujan diluar. Terus rasa macam dejavu. Lakaran yang aku lakar tadi dipandang. Lakaran ni sama macam kejadian dimana aku memandang Junkyu yang berada diluar kedai.

Aku hanya mampu senyum.

Hyunjin masuk kedalam bilik sahabatnya itu. Lepas kejadian tu, dia rasa susah sangat nak jumpa dengan Junkyu. Setiap kali ajak lepak mesti ada saja alasan yang Junkyu akan kasi.

"I want my old Junkyu"

Junkyu pandang Hyunjin.

"Geli sial!"

Hyunjin ketawa.

"Eh aku cakap benda betul apa. Sekarang ni kau dah lain. Tak best kalau nak ajak menganjing orang sama sama"

Junkyu campak bantal tidurnya ke arah Hyunjin.

"Itu aje kerja kau kan"

Hyunjin ketawa.

"Tapi kan aku rasa Iris ada sebab kenapa dia tak terima kau"

"Mana kau tahu?"

"Yelah semua benda yang berlaku mesti bersebab. Kau ni. Cuba fikir sikit"

"Tapi aku tak rasalah macam tu. Dia memang tak nak dengan aku"

"Aku cakap kau bodoh, memang kau bodoh pun. Ey tak kan lah selama ni kau tak nampak cara Iris layan kau. Even aku pun boleh nampak yang dia sukakan kau. Tak kan kau tak nampak kot"

Junkyu terdiam. Macam fikirkan something. Tak pasal kena brain wash dengan Hyunjin hari ni.

"Kalau betul kau nampak dia sukakan aku, dia tak kan tolak aku time aku propose dia"

Hyunjin tahan geram. Kalau dorang borak dekat dapur tadi, memang dia ambil pisau dah ni.

"Memang lah sial! Sebab tu aku kata bersebab!" marah Hyunjin.

"Alerr abang hensem marah ke. Janganlah marah bang"

Tanpa menunggu lagi Hyunjin terus terkam Junkyu. Makan terjadilah pergaduhan antara harimau dan juga singa.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUOn viuen les histories. Descobreix ara