🐨 22

908 116 2
                                    

Memandangkan aku kena buat projek akhir dengan Gowon, aku banyak menghabiskan masa dengan dia. Dan selalu jugak dia datang tolong aku di kedai bunga.

"Kenapalah aku baru jumpa kau Iris?" soal Gowon sambil menyembur bunga bunga.

"Maybe salah aku kot. Aku kan suka menyendiri. Tapi bergaul dengan orang. Lagipun dalam kelas kita bukannya ada 10 orang je, ramai. So sebab tu kau tak perasan aku" panjang lebar aku jelas.

"Maybe lah. Tapi sokay. Sekarang kita dah jumpa. Dan aku harap kita boleh still kawan walaupun projek kita dah siap nanti. Aku selesa kawan dengan kau"

Aku tersenyum. Finally ada orang sudi kawan dengan aku.

"Aku pun selesa kawan dengan kau. Kita ada banyak persamaan"

Dan selepas itu kami tergelak.

"Itulah tu. Aku pun tak expect"

"I miss you princess!"

Terkejut aku. Ada pulak sampai sampai kedai orang cakap macam tu. At least hai ke hello ke. Siapa yang sakit jantung tu goodbye.

"Awak! Lain kali janganlah macam tu. Buat terkejut orang je"

"Sorry terlebih excited. Eh! Ada orang"

Aku menggeleng kepala. Baru perasan ada orang lain dalam kedai.

"Wait. Awak kan yang Iris mention hari tu?"

Gowon pandang aku dengan muka tak puas hati. Aku senyum sorok sorok.

Gowon mengangguk.

"So kenapa awak datang sini?" soalku.

"Lah dah cakap kan tadi. Saya miss miss awak"

"Mengada lah awak. Cepatlah bagitahu!"

"Fine. Actually saya nak ajak awak dinner malam ni"

"Siapa lagi yang join?"

Aku tak nak terserempak dengan Jihoon lagi.

"Just both of us sunshine"

Aku mengangguk. Haraplah senyum aku tak nak akward.

"Malam ni saya datang ambil awak"

"Okey"

"Ekhm!" bunyi yang keluar dari mulut Gowon.

"Eh lupa ada orang lain!"

Aku sengaja cakap macam tu. Sebab aku suka tengok muka tak puas hati Gowon.

"Bro?"

Ya ampun hati aku! Anak siapalah ni. Hensemnya. Makan apa budak ni time kecik. Datang kedai aku pakai seragam pilot. Ni sah baru balik dari oversea.

"Bro? Kau datang dari mana ni, buat apa kat sini? " soal Junkyu.

"Aku baru balik dari Italy terus datang sini. Nak beli bunga"

Aku cuma mengangguk.

"Amboi kau! Tergesa gesa nampak. Kau nak bagi siapa? Awek?" siasat Junkyu lagi.

"Bukan awek tapi someone special" jawab Yoshi.

Aku terus pandang Gowon. Muka dia lain.

"So bidadari comel. Saya nak awak buat bunga and you princess, saya nak minta tolong awak boleh?"

Gowon terus gelabah bila Yoshi cakap macam tu.

"Awak nak minta tolong apa?"

"Saya nak minta ikut saya. Teman saya cari hadiah untuk someone special tu"

Baam! Kalau aku jadi Gowon, dah lama aku lari keluar. Aku tahu Gowon suka dengan Yoshi.

"Bo...boleh!" jawab Gowon.

Aku rasa bersalah pada kau Gowon. Sorry.

"Thank you. Kalau macam tu kami pergi dulu. Bidadari comel, jangan lupa okey"

Aku mengangguk sambil memandang dua orang itu keluar dari kedai bunga aku.

"Awak! Saya rasa bersalah lah"

Aku merengek pada Junkyu.

"Bersalah kenapa pulak ni sunshine"

"Iyelah saya tahu macam mana si Gowon tu suka Yoshi. Sekarang ni pulak Yoshi ajak dia pergi beli hadiah untuk someone special tu. Kesian dia. Saya rasa bersalah lah awak"

"Just trust Yoshi. I know him so well" kata Junkyu.

"Fine"

Aku mengalah.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now