🐨 12

1K 122 11
                                    

Apa kau buat ni Iris? Cuba kau fikir siapa yang selalu ada dengan kau bila kau susah? Siapa yang selalu tolong kau selama ni? Jahatnya kau sakitkan hati orang tu. Perempuan jenis apa kau ni Iris!

"Awak kejap!"

Aku tarik tangan Junkyu untuk menghalang dia pergi. Aku tunduk ke bawah. Tak tahu nak mula dari mana. Salah aku juga sebab judge dia macam tu.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut cakap macam tu. In fact awak dah banyak tolong saya. I don't know tapi secara jujurnya saya betul betul kecewa dengan awak"

Riak wajah dia berubah sedih.

"At least awak discuss dengan saya dulu. Bukannya kejutkan saya macam ni. We both ada perasaan"

Dia mengangguk dengan muka bersalah. Lahai comel pula aku tengok.

"So awak...terima...ke...tak?"

"As of now, belum lagi"

Kali ni muka dia lebih tenang. Maybe dah boleh terima hakikat yang aku belum terima dia.

"Tapi saya boleh tolong jadi tunang awak untuk sekarang"

Muka dia kembali ceria.

"Dan sepanjang saya pura pura jadi tunang awak ni, awak kena yakinkan saya yang awak betul betul ikhlas cintakan saya. Kalau awak fail, hmm let see what happen next"

Dia kembali kecewa tapi dalam muka comel.

"Awak ni...kejam sangat. Semua orang cakap awak ni bidadari comel tapi kenapa awak kejam hmm"

"Mana ada saya kejam. Awak nak ke tidak ni? Tak nak saya okey je" soalku.

"Nak lah!"

Aku terus senyum. Terhibur dengan perangai dia.

Selepas Marcell Holdings menjadi hak milik Junkyu, aku jarang berjumpa dengan dia. Yelah aku faham dia busy. Baru lagilah katakan. Jadi aku pun malas nak ganggu dia.

Aku menjalankan hari hariku seperti biasa. Pejam celik pejam celik dah nak nak habis dah cuti semester. Lepas ni aku perlu ke kelas seperti biasa. Dan aku sudah masuk semester akhir.

"Choi Iris!"

Satu panggilan yang mengejutkan aku. Dah lama aku tak dengar suara ni.

"Ji...jihoon...ada apa awak datang..."

"Kau tak yah berpura baik depan aku lah. Aku dah tengok news semalam. Kau dah selamat jadi tunang kawan baik aku Junkyu!"

Aku hanya diam. Tak berani pandang muka dia. Rasa macam nak nangis je sekarang.

"Hey dalam banyak banyak lelaki kenapa kawan baik aku eh? Kawan aku tu lelaki baik dan dia tak layak dengan pembunuh macam kau ni. Cuba kau sedar diri sikit!"

Air mataku yang ditahan terus mengalir. Apalah nasib aku dapat life macam ni. Aku pun nak rasa happy jugak.

"Ke kau lupa kejadian 5 tahun lepas. Kau nak aku tolong kau ingatkan balik apa yang kau dah buat pada adik aku. Kau tahu kau dah bu..."

"Stop!" jeritku sambil menutup telinga.

"Saya merayu dekat awak Jihoon. Tolong jangan seksa saya lagi"

Aku menangis sambil melutut.

"Eh kau jangan sebut nama aku lah. Kalau keluar dari mulut pembunuh macam kau ni aku rasa jijik!"

"Please..."

Dia senyum sinis. Tak hiraukan aku yang tengah melutut.

"Kalau macam tu aku nak kau tolak Junkyu kalau dia propose kau. Aku tak nak perempuan macam kau melekat dengan Junkyu. Nanti mana mana aku pergi mesti ada kau. So kau jangan mimpi nak jadi tunang or wife Junkyu!"

Dan selepas itu dia terus keluar. Aku menangis semahunya. Kenapa aku perlu jumpa dia balik. Dan kenapa aku perlu sayang lelaki yang merangkap kawan baik Jihoon. Your life so pity Iris!

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now