🐨 8

1K 136 15
                                    

Hari ni Junkyu cakap dia free. So dia cakap dia nak lunch dengan aku. Boleh tahan banyak makanan dia bawa datang kedai bunga aku.

"Kenapa awak nak lunch dengan saya?" soalku.

Aku hidangkan semua makanan yang dia bawa tadi diatas meja.

"Rindu"

Satu perkataan tapi mampu untuk buat jantung aku berdegup laju. Tambah lagi bila nampak dia tengah senyum ada lesung pipit dia tu.

"Taklah gurau je. Sebenarnya saya ada something nak cakap"

Aku melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan Junkyu.

"Maksud awak?" soalku.

Hish! Suspenda betul.

"Sebenarnya saya nak minta tolong awak teman saya malam ni"

"Teman awak? Pergi mana?"

"Awak! Janganlah tayang muka comel depan saya. Kalau saya cair nanti kang susah"

Ada ada lah dia ni. Suka buat aku terkejut.

"Awak...serius pleasee" aku merengek.

"Ololo okey okey. Saya nak awak teman saya pergi event. And event tu dekat atas kapal. Awak sudi tak?"

Aku bukan tak nak. In fact dia dah banyak tolong aku. Dan baru kali ni dia minta tolong aku. Itupun suruh temankan dia pergi event. Tapi tulah bila fikir balik, kawan dia si Jihoon tu mesti ada sekali.

Just please. Aku tak nak perkara dulu berulang kembali.

"Kalau saya nak tanya satu benda boleh?"

"I know mesti pasal Jihoon kan?"

Aku mengangguk dengan muka rasa bersalah.

"Don't worry. Awal awal lagi dia reject sebab event tu atas kapal. Dia mabuk laut"

Fuh lega!

"Oh. Kalau macam tu bolehlah"

"Yeay! Malam ni saya datang ambil awak. Pukul 7"

Aku mengangguk. Chopstick dihulurkan kepada Junkyu. Kami mula menjamah makanan.

Seperti yang dijanjikan, Junkyu datang ambil aku pukul 7 malam. Aku cuma pakai simple simple. Dress hitam labuh paras lutut. Tak terlalu kembang dan yang pasti tak tarik perhatian orang lain.

Tapi Junkyu sangat lain malam ni. Extra hensem. Tuxedo bewarna hitam disarungkan di tubuh bak modelnya. Ya ampun anak siapa ni.

"Second time awak scan saya"

Dengar je ayat tu terus pipi blushing. Kali kedua aku kantoi dengan dia.

"Saya tahu saya extra hensem malam ni tapi saya nak awak tahu yang awak pun super extra gorgeous malam ni. Tapi saya risaulah"

"Hah? Risau pasal apa?" soalku.

Dia ni buat suspenda lah. Takut pula aku.

"Risau takut orang lain tengok awak lama lama. Jealous saya nanti. Tak pasal pasal saya peluk awak tak kasi orang lain tengok awak"

Amboi! Sampai macam tu sekali. Dah pasang niat nak jadi king control ke.

"Awak ni. Saya ingat apalah tadi. Stop lah buat saya berdebar"

"Haih! Marah pun comel. Awak makan apa time kecil kecil dulu?"

Start dah dia punya nonsense talk. Aku buat tak layan.

Tidak lama selepas itu kami sampai di pelabuhan. Boleh tahan ramai tetamu macam kami.

Tapi aku perasan muka Junkyu lain. Tak seceria tadi. Aku jadi pelik. Cepat betul dia berubah.

"Are you okay?" soalku.

"Don't worry saya okay. Jom naik"

Aku angguk. Tapi dia still tak bergerak. Lah tadi dia yang ajak aku naik. Sekarang ni dia pula jadi patung dekat sini.

"Your hand?"

Tangan aku? Why? Dengan perlahan dia tarik tangan aku lalu disilangkan pada lengan kirinya.

Oh baru aku faham. Bagitahu jelah kalau nak aku buat macam ni.

"Macam ni baru saya yakin nak attend event dalam tu nanti"

"Apa apa jelah awak"

Kami jalan beriringan naik ke atas cruise. Sekali lagi aku perasan muka dia lain macam. Tak seceria selalu. Atau maksud lainnya dia keluarkan aura ice prince malam ni. Aku yang disebelah ni rasa takut pula nak cakap.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang