🐨 27

894 117 5
                                    

Sejak kena brain wash dengan Hyunjin setiap hari, Junkyu ambil keputusan untuk berjumpa dengan Gowon memandangkan Gowon merupakan sahabat terdekat Iris.

Jadi disinilah dia, Subway Cafe. Dia minta Gowon datang jumpa disini. Lagipun kata Gowon, rumah dia dengan kafe ni tak jauh.

"So ada apa awak nak jumpa saya?" soal Gowon.

"Yoshi tak marah kan?"

Gowon menjeling.

"Dia bukan suami saya lagi. Jadi stop cache talking, just ask me"

Junkyu tergelak. Nak bergurau sikit pun tak boleh.

"Tell me the truth"

Gowon tayang muka pelik. Apa benda Junkyu ni.

"Apa yang truth?" soal Gowon.

"Pasal Iris. Saya nak tahu kenapa dia tolak saya? And saya tahu awak tahu semua benda since awak kawan rapat dia"

Gowon terdiam. Tak tahu nak respon apa. Sebab ini antara dia dengan Iris. Iris percayakan dia.

"Yoshi ada cakap yang awak nak apply praktikal dekat Marcell Holding. So kalau awak nak saya approve, please bagitahu apa yang saya tak tahu"

Gowon menggigit bibirnya. Aku minta maaf Iris. Aku buat ni semua bukan saja untuk kebaikan aku tapi untuk kebaikan kau juga.

"Sebenarnya dia tolak awak sebab dia anggap diri dia pembunuh"

Junkyu terkejut.

"Dia pernah langgar seorang budak dan budak tu meninggal. Sampai sekarang dia rasa bersalah. Dia salahkan diri dia penyebab budak tu mati. Selepas kejadian hitam itu, dia tidak berkawan dengan sesiapa sebab semua orang anggap dia pembunuh"

Junkyu diam dan mendengar. Jadi sebab ni Iris tolak bila dia propose.

"Itu salah satu sebab dia tolak awak. Sebab utama dia, awak dengan Jihoon berkawan baik"

Okey yang ni dia kurang faham.

"Maksud awak?"

"Budak yang dia langgar tu adik Jihoon. Dia cakap dah lama dia tak jumpa Jihoon sejak kejadian itu dan dia kalau boleh memang tak nak jumpa langsung"

Wait jap.

"Sampailah dia jumpa awak. Dia cakap awak satu satunya orang yang sudi dan ikhlas berkawan dengan dia. Dia happy sangat. Tapi itu semua cuma sekejap. Selepas dia dapat tahu awak berkawan baik dengan Jihoon, dia dah tak mampu lagi. Dia cakap Jihoon ada cakap dengan dia yang dia tak nak kawan baik dia rapat dengan pembunuh macam Iris"

Junkyu menggengam tangannya dengan kuat.

"Sejak dari tu dia plan untuk jauhkan diri dari awak tapi dia tak boleh. Dia cakap awak terlalu baik. Awak selalu ada bila dia dalam kesusahan. Jadi dia tak sampai hati nak lukakan hati awak. Jadi dia terus berkawan dan layan awak seperti biasa. Lagipun satu lagi sebab utama dia tak boleh jauhkan diri dari awak sebab dia dah mula cintakan awak"

Dia tak tahu nak happy ke, sedih atau nak marah. Semuanya jadi bercampur.

"Sampailah awak ajak dia dinner. Dia cakap dia tak boleh teruskan lagi. Dia tak nak awak terlanjur sayangkan dia dengan lebih lagi. Dan dia pun akan cuba untuk move on. Jadi dia buat keputusan untuk tolak lamaran awak"

Junkyu menghentak meja. Terkejut Gowon dibuatnya.

"Thanks untuk semua. Saya approve untuk awak praktikal nanti!"

Gowon terkebil kebil sambil memandang Junkyu keluar dari kafe. Hish! Macam tu je. Punya panjang lebar aku explain, dia respon itu je.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now