🐨 13

967 118 7
                                    

Sejak dari itu aku selalu mengelak kalau Junkyu ajak berjumpa. Alasan yang aku selalu kasi ialah aku busy dekat Universiti sebab dah last year. Kedai bunga aku dah tak buka lagi. Kalau aku buka confirm confirm Junkyu datang cari aku dekat situ.

"Iris! Please focus in my class!"

Terkejut aku bila lecturer aku menjerit macam tu. Dahlah dia pakai mic. Bergegar satu hall ni. Hmm femes kejap.

Aku membetulkan kedudukan ku. Malu kejap. Tapi dalam ni ada seratus orang lebih so aku tak kisah sangat. Dorang bukan focus pun bila aku kena marah. Bagi dorang tu perkara biasa.

"Memandangkan awak tak fokus, saya nak kamu submit assingment saya by 6 today!"

Terjegil mata aku. Mana adil. Yang lain kena submit hujung minggu ni, aku pula petang ni. Berkhemah pula aku dalam library nanti. Nasib lah kelas dia aje hari ni. Mahu ada kelas lain lepas ni memang kelaut lah assingment tu.

Aku cuma mengangguk. Tapi aku rasa boleh kot siap petang ni. Yelah aku bukannya ada kerja pun. Ada bagus jugak lecturer kasi denda macam ni. At least aku tak boring sangat.

Tepat pukul 11 tamat kelas untuk hari ni. Aku terus ke library. Laptop dibawa keluar. Aku mula membuat kerja dengan tenang. Tapi ketenangan itu cuma sekejap sebelum ada seorang perempuan datang duduk depan aku.

"Hi! You must be Iris"

Amboi seksi bebenor perempuan ni. Siapa dia? Aku tak pernah nampak pun sebelum ni. Student baru ke? Hmm I don't think so.

"I Alicia! Sepupu kesayangan Junkyu"

Aku buat tak tahu. Malas nak layan.

"Hey! I nak warning, you jangan dekat dekat dengan Junkyu okey. Tak lama lagi I yang akan kahwin dengan dia. Bukan you. You, dia silap announce hari tu"

Aduh kenapalah nenek sihir perlu muncul. Aku kena siapkan assingment ni berfore 6. Tolonglah jangan ganggu aku.

"Siapa Junkyu? I don't know him" kataku selamba.

"Hey! You jangan ingat I bodoh okay. Kalau I dapat tahu you jumpa dia memang nahas you I kerjakan. Remember in your stupid brain!"

"But kalau I stupid, I tak kan masuk Universiti macam ni" bisik aku.

Dengan muka geram dia melangkah keluar dari library. Fuh! Aman hidup aku.

Sedar tak sedar dah pukul 5 petang. Tinggal last part. Dengan semangat aku menaip. Tak sabar nak balik. Rindu pulak dengan bunga bunga kat kedai tu. Even tak buka, aku still kena melawat dorang.

"Weh! Dah tiga kali aku keluar tapi still lelaki hensem tadi belum pergi"

Aku buat tak tahu. Membawang aje kerja dorang.

"Kau agak agak dia tunggu siapa? Eii bertuah betul siapa perempuan tu. Sabar betul dia tunggu"

"Kan dahlah hensem. Naik Audi, baik pulak tu"

Okey aku dah tak sedap hati. Cepat cepat aku siapkan assingment aku. Sementara assingment diprint, aku kemas kemas barang aku.

"Iris! Your assingment"

Aku terus ambil assingment aku.

"Thank you!"

Aku melangkah keluar. Aku perlu pastikan yang lelaki itu bukan Junkyu. Memandangkan lecturer tak ada, aku letak assingment aku atas meja dia.

Tapi harapan aku palsu. Ye betul lelaki itu Junkyu. Hensem dengan baju kerjanya iaitu kemeja hitam ikut bentuk badan. Aku sembunyi di belakang dinding.

"I'm sorry Junkyu. Saya tak boleh jumpa awak. Saya tak kuat"

Air mata aku tahan. Aku tak student lain nampak. Aku terus pergi ke arah lain. Aku keluar ikut pintu B.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now